Wednesday, April 15, 2009

team building

Agak lama blog ni tak ber “update”. Bukan aku malas tapi kekangan masa yang tidak mengizinkan aku menumpukan perhatian aku pada blog ni beserta masalah2 yang lain yang tak dapat dielakkan..Apapun, kali ni aku ada cerita yang nak dikongsikan.
Malam 1 April group SUKSIS (platun aku je) mengadakan BBQ. Saje je pun. Orang kata nak merapatkan lagi silaturrahim antara kami ni. Next entry aku citer sal malam tu. Yang aku nak cite ni malam tu ialah aku dapat semua gambar yang diambil semasa team building SUKSIS bulan Disember thn lepas.
Team Building ni memang wajib bagi semua ahli baru KOR SUKSIS. Kiranya ni outing kami yang pertama..Selepas ni akan jadi lagi outing seperti Kem Kompas Dan Pandu Arah ( 19-26 April ni), kursus menembak, kursus etika dan kursus2 lain lagi yang aku pun tak berapa nak tahu sangat.
Team Building kali ini diadakan di Rock Resort Ulu Yam selama 3hari 2malam.



Best tempat ni..agak mencabar bagi aku yang tak pernah join aktiviti lasak.
Biasalah..sebelum bertolak kami semua akan diberi taklimat oleh jurulatih.

Setelah sampai di Rock Resort….



Kami semua diberi taklimat lagi sekali beserta majlis perasmian yang ala kadar..Seterusnya kami diberikan tugas untuk memasang khemah sendiri.



Selepas dah pasang khemah kami semua dibahagikan dalam kumpulan. So, dalam kumpulan masing-masing kena lantik ketua dan berbincang untuk malam tu.”promosi kumpulan”. Jenuh jugak la kami nak cri nama kumpulan..Akhirnya dapa jugak..ALPHA TEAM…






Acara Rentas halangan

Rentas Halangan ni menguji banyak perkara. Antaranya kepantasan dan kerjasama ahli kumpulan. Bagi aku rentas halangan ni mmg aku tabik “spring” la..memang mencabar. Seperti biasa kami diberi taklimat untuk sepanjang aktiviti rentas halangan ni..Ape yang aku rasa "kureng best" adalah setiap ahli kumpulan yang sakit,kumpulan itu akn dipotong markah..cam pelik je kan?memang aku amat berasa bersalah sangat sebab aku salah seorang insan yang sakit itu..hehe..apepun, aku tabik kat afiq n the rest..sbar menanti kami yang sakit ni..banyak checkpoint yang agak mencabar bagi aku dan yang paling tak tahan adalah part yang kena redah kolam ikan keli..busuknya ya amatzzz..hanya Tuhan yang tahu..








Selesailah sudah acara rentas halangan..selepas itu...mandi time..bukan main best lagi berendam dalam sungai ni..






Pada waktu malam, kami dikehendaki membentangkan kumpulan kami seperti yang telah kami bincangkan siang tadi dalam slot “promosi kumpulan”. Seperti biasa, setiap perbentangan kena ada logo kumpulan,lagu kumpulan dan objektif kumpulan disamping sesi perkenalan ahli kumpulan..Group aku..Go Go Alpha Team..Apa yang penting…kerjasama..



Tamatlah sudah hari pertama kami di Rock Resort..untuk aktiviti seterusnya..tunggu....

0 comments: