Sunday, August 9, 2009

HIKMAH YANG TERSEMBUNYI

“Aku dapat Matrik Changlun, Kedah.”

“Aku dapat Matrik Pahang.”

“Ateh dapat Matrik Penang.”

“Aku dapat Matrik Melaka.”

Dengan wajah ceria sahabat-sahabatku memberitahuku. Tp aku? Matrik mana? Semua aku tak dapat. Tinggallah aku keseorangan. Sahabat-sahabatku dah pun mula melangkah ke Pusat Matrikulasi masing-masing. Pada mulanya aku putus asa namun masih ada lagi insan-insan yang sentiasa ada disisi,belakang dan tepiku terus memberikan semangat tanpa henti. Entah berapa banyak surat rayuan yang aku hantar, semuanya hampa.

2 minggu kemudian…

Ring!Ring!

Ma angkat telefon. “ Sebentar ya, cakap dengan anak saya.” Ma panggil aku. Ketika itu aku sedang mengukur kelapa untuk pelanggan kedaiku.
“ Hello Assalamualaikum..” aku memulakan kata.
“ Waalaikumussalam. Nor Hafizan ye?”
Aku mengiyakan.
“Saya wakil dari UIA. Sebenarya saudari dapat melanjutkan ke Matrikulasi UIAM dalam jurusan kejuruteraan. Saudari terima atau tak?”
“ Tapi saya tak dapat pun surat tawaran” kataku.
“ Ye saya tahu. Itu sebabnya saya telefon saudari. Saudari dikehendaki dating ke UIA Petaling Jaya esok (Isnin) untuk mengambil surat tawaran. Sesi pendaftaran pula pada hari Selasa.”
Aku terus diam. Tak percaya dengan apa yang aku dengar. Betul ke ni? Aku dapat UIA?Engineering? tu pilihan ke-7 aku. Tanpa ku sedar air mata menitis ke pipiku. Ya ALLAH! Syukur padaMU.
Terus ku khabarkan berita gembira itu kepada ahli keluargaku. Ma, Abah, arwah datukku dan Cik Nab tersenyum kegembiraan. Dan Ma menitiskan air mata. Ye! air mata kegembiraan aku pasti..Dan detik itu baru ku faham apakah maksudnya “Biarkan ibumu menangis kerana kejayaanmu..”

0 comments: