Sunday, October 18, 2009

Cerita Raya 1

Raya tahun ini kurang meriahnya berbanding tahun-tahun yang lepas. Aku pun kurang pasti kenapa. Tapi yang pastinya aku tak gembira walaupun aku kira raya tahun ini aku bergaya dengan pakaian yang paling mahal (dalam sejarah baju raya yang aku ada), kasut pun agak mahal..boleh dikatakan semuanya mahallah. Tapi ke ‘mahal’an pakaianku belum dapat mengurangkan resah hati aku di hari raya ini.

Tahun ini juga aku tak berpeluang untuk solah hari raya. Awal-awal pagi kira-kira pukul 4 pagi, adikku sampai dan menjadi tugasku untuk menjemputnya di Wakaf Che Yeh. Saja aku suruh dia turun di situ memandangkan aku belum lagi beli keronsang dan niatku untuk membelinya di pasar itu memandangkan harga barang-barang di situ yang murah-murah.

Pulangnya di rumah, aku tak mengantuk dan aku terus menggosok pakaianku sementara masuk waktu Subuh. Selesai sahaja aku solat Subuh, aku berbaring sekejap sementara pagi untukku bersiap untuk solat raya. Memang aku terlena sehinggalah aku sedar dah dekat pukul 10 pagi.. Lantas aku mandi dan bersiap. Dalam aku mengemas rumah, ma, abah dan adik-adik aku, Fiza dan Shahmi pulang dari solat hari raya. Mereka semua kekenyangan. Tinggallah aku dan adik aku Mimi yang baru bangun tidur dan semestinya kelaparan.

Kami pergi beraya ke rumah jiran kami yang pertama, iaitu rumah Tuan Rumah tempat keluargaku menyewa. Kiranya rumah wajib yang tak pernah “miss” tiap-tiap kali raya. Jelas kesunyian begitu terasa disebabkan pemergian Ayah Tok (panggilan untuk tuan rumah) dan kepulangan Chek(isterinya) ke Jitra, Kedah. Selesai menjamu selera, kami terus ke rumah yang kedua iaitu jiran di sebelah kanan. Antara rumah yang wajib kami kunjungi.

Kira-kira dalam pukul 11.30 pagi, kami berangkat ke kampong ma aku di Kg. Kebakat, Wakaf Bharu. Aku, Mimi dan Fiza naik kereta Iswara manakala Ma, Abah dan Shahmi menaiki kereta Citra abahku. Kiranya raya kali ini abah aku beri lessen besar untuk kami pergi beraya ke mana sahaja yang kami mahu.

Sampai sahaja di rumah nenekku, semuanya sedang bersedia untuk ke rumah moyangku yang tak berapa jauh dari rumah nenek. Kami sempat naik ke rumah dan bersalaman dengan nenek serta saudara-mara yang ada. Kami terus menuju ke rumah moyangku. Agak lama kami di sana. Selesai sahaja solat Zohor, aku mula berasa bosan. Aku lihat Mimi lena di depan TV. Aku pun tumpang sekaki. Baru sahaja aku nak lelapkan mata, Mimi dah terjaga dan mengajakku pergi beraya ke rumah kawannya. Aku pun bangun bersiap.

Alangkah kecewanya Mimi bila panggilannya tak berjawab. Kami terus buat keputusan untuk pergi beraya ke rumah saudara-mara kami bermula ke rumah Cik Ngah(kakak abah ke-3) di Machang. Sampai ke rumah Cik Ngah, ku lihat Mummy dan keluarganya ada sama. Sampai ke petang aku duduk sana menanti kedatangan Ma dan Abahku. Kami ambil keputusan untuk balik rumah dan di perjalanan balik, kami singgah rumah Mek(kakak ke-4 abah aku) dan Mama (kakak sulung abah aku). Di rumah mereka pun aku menunggu Ma dan Abah. Akhirnya, kami balik.

Itu Hari Raya Pertama ku..

0 comments: