Wednesday, August 8, 2012

Kembali Aktif

Salam kawan-kawan...
Salam Ramadhan (walaupun kita ni dah hampir ke penghujung Ramadhan..)
Entry tak panjang pun..
cuma nak beritahu.....
Nombor Maxis saya dah AKTIF balik dah....
Yeay!!!
Jadi...bolehlah kawan-kawan hubungi saya...


 

Wednesday, June 27, 2012

Hubungi Saya di....

Alkisahnya.. 
Simcard maxis hilang..
Jadi, saya tak guna mana2 nombor sekarang ini.. 
Tapi kawan-kawan boleh PM saya kat FB... 
Sorry sangat-sangat ye...


 

Friday, April 20, 2012

Hadiah paling Bermakna


Ini hadiah dari Along Bikash Nur Idris..

Hadiah yang sungguh bermakna..Jujur aku katakan, sebelum ini aku amat mengimpikan hadiah novel dan tandatangan dari penulis kesukaanku..Alhamdulillah..akhirnya aku dapat juga merasainya..Ada satu lagi impian atau lebih senang kata angan-angan mat jenin aku, iaitu....rahsia la dulu..nanti dah direalisasikan, aku akan hebahkan..

Pernah aku katakan di entry sebelum ni tentang kehilangan novel Segalanya Untukmu. Alhamdulillah...akhirnya aku berjaya dapatkannya....


Kata-kata yang bermakna dari kak Aleya Aneesa..


Sunday, March 18, 2012

Selamat Hari Lahir ke 26

Tarikh ini (18 Mac 2012) genaplah usiaku 26 tahun. Alhamdulillah atas nikmat usia yang Allah berikan...semoga aku terus tabah menempuh dugaan hidup ini..Buat teman2 yang wish my birthday..terima kasih aku ucapkan..

Tuesday, January 17, 2012

Novel-Novelku

Assalamualaikum w.b.t...
Agak lama blog ni tak berjengah..tuannya ada tapi entah la..dalam fikiran ni banyak nak diluahkan tetapi jari-jemari ni seakan naik kematu pula..keras nak menekan keyboard ni... Tapi kali ni ku gagahkan jua jari-jemari ni menekan keyboard..Ada sesuatu yang agak lama aku nak kongsikan bersama kawan-kawan sekalian..
Sanggup berlapar semata-mata kerana novel. Itulah aku. Aku banyak menghabiskan duit untuk novel seolah-olah novel itu satu supplement yang harus aku ambil setiap hari untuk merehatkan mindaku. Dan aku pernah dikemukakan soalan oleh kawan-kawanku, Kenapa aku suka baca novel? Inche B aku pun pernah tanya aku soalan ni...Aku pun sebenarnya takde jawapan khusus untuk itu.Mungkin kerana aku dibesarkan dengan suasana buku. Makcikku suka belikan aku buku as well as Abah aku masa tu bekerja sebagai pembantu am di perpustakaan negeri menyebabkan setiap hari ada je buku yang dibawa pulang untuk aku.
Sewaktu sekolah menengah pula, aku menyimpan duit sekolah untuk beli novel tapi tak kerap sangat aku membeli novel. Aku lebih banyak meminjam dengan kawan-kawanku yang ada novel. Bila melangkah kaki ke Pusat Matrikulasi, aku mula membeli novel. Tambahan lagi, Inche B aku melabur untukku beli novel. Alhamdulillah...Sayang sangat la kat awak Inche B..Novel pertama yang aku beli dengan 'nafkah' Inche B ialah Semusim Rindu, karya Aleya Aneesa dan Kau Sayangku, karya Bikash Nur Idris. Kedua-dua novel ternyata buatku rasa gembira dan begitu teruja untuk membeli novel. Dan, amat menyedihkan bila novel Kau Sayangku ini hilang sewaktu dalam jagaan kawan. Kelu lidahku. Inginku marah tapi aku tak sampai hati. Kalau tak diluahkan, ianya seakan memakan diri..Hmmm....


Suatu hari minggu ketika aku bersantai di rumah makcikku di Putrajaya, rakan sebilikku Ayu sms aku memberitahu dia baru habis baca novel Kasih Antara Kita, karya Aleya Aneesa. Dia memaksaku untuk membeli novel tersebut. Dan aku pula, disebabkan rumah makcikku dekat sangat2 dengan Alamanda Putrajaya, maka aku berjalan kaki untuk mencari novel tersebut. Dan, setiap langkah kakiku berbaloi kerana aku amat sukakan novel itu.


Dan, ketika itu nama Aleya Aneesa sentiasa bermain dibibirku. Sewaktu aku menyusun kembali novel-novelku, baru ku tersedar bahawa aku sebenarnya sudah mempunyai 2 buah novel hasil tulisan beliau. Dan, tekadku ketika itu, aku akan buat koleksi setiap novelnya itu..Dan selepas itu, setiap kali aku nampak je novelnya, aku akan beli. Namun, novelku ini juga hilang dalam jagaan orang. Apalgi yang harus aku katakan???
Tak berapa lama kemuadian, aku beli lagi novelnya yang ke-4 iaitu Segalanya Untukmu,dan ketika itu aku baru sedar kewujudan blog beliau (sini). Sejak itu, aku cuba untuk membaca setiap entry beliau dan cuba untuk berhubung dengannya. Alhamdulillah, sampai sekarang, kami masih lagi berhubung dengan adanya Facebook dan membawa ke pertemuan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Novel Segalanya Untukmu sebenarnya amat dekat denganku. Namun, takdir jua yang menentukan novel itu memang akan jauh dariku kerana hilang ketika beg pakaianku dicuri ketika pulang ke kampung halaman.





Itulah sedikit kisahku bersama novel-novelku terutama karya Aleya Aneesa ini..Aku harap sangat kawan-kawan yang pernah nak pinjam novel tapi aku tak kasi, aku harap korang faham kenapa aku jadi kedekut ye...

p/s: Buat kak Aleya, teruskan berkarya ya...Ezan harap sangat Cinta Buat Emelda adaptasi dari Kasih Antara Kita  tak mengecewakan. Tahniah kak Aleya..


Monday, September 26, 2011

Kembali

Salam kawan-kawan sekalian....Sekian lama rumah saya ni berhabuk berdebu dan segala ber lagi..InsyaALLAh saya akan cuba untuk membersihkannya sedikit demi sedikit...
Tadaaa...


Sunday, April 17, 2011

Enaknya....





Pertemuan Selepas 13tahun

 Bersama guru kelas Darjah Satu Cempaka, Cikgu Asiah.
 Aku, Nurul Akma dan Wan Azlin
 Bersama pengantin baru..Ros Adlina dan suami

Aiman, aku, Azlin dan Rosmawati

Gambar di atas diambil bulan Februari yang lepas ketika aku menghadiri majlis perkahwinan rakan lama Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh (SKKS), Ros Adlina. Betapa gembiranya dapat berjumpa rakan-rakan lama setelah hampir 13tahun tak berjumpa. Bukan itu sahaja, bahkan dapat berjumpa dengan guru kelas masa aku darjah Satu dan yang paling buat aku terharu ialah Cikgu Asiah masih lagi mengingati kami semua. memang aku sungguh2 terharu.. Terima kasih cikgu...

Rentetan dari itu, aku terus register new group di Facebook 'Reunion SKKS' untuk menemukan kembali rakan-rakan lama semasa di SKKS dahulu..Dan alhamdulillah semakin hari bilangannya semakin bertambah..Semoga suatu hari nanti, kami semua bakalan bertemu..

p/s: thanx buat Ros Adlina kerana kami dapat bertemu di majlisnya dan Aiman kerana sanggup jadi pak supirku..hehehe...

Friday, April 15, 2011

Stress dengan Bas Transnasional

Bersiaran dari KB..
haha...Alhamdulillah...saya baru saje sampai rumah dalam pukul 5.15 pagi tadi..Selesai je menduduki kertas terakhir matapelajaran Heat Treatment ( yang buat saya agak stress ), saya pulang ke bilik kemaskan apa yang patut..Ingatkan nak terus balik malam semalam..Tapi memandangkan badan saya yang amat letih, saya tangguhkan dulu...Kemas slow2..Mula-mula basuh baju...pastu baru kemas apa yang patut...Pastu saya keluar makan dengan B saya ( senyum simpul + gatal ) wahahaha...

Saya bercuti lebih kurang seminggu memandangkan pada 21hb ni saya perlu berjumpa dengan Program Coordinator untuk EIT saya..Then, 23hb saya mahu ke PBAKL bersama ex-rumate saya, Cik Cah..Tahun ni kami pergi berdua je...tak mengapalah..Berdua lebih baik..kan cik cah??? Saya tak nak ajak B saya..kenapa??? sebabnya....dia tak minat novel2 buku2 segala ni...kalau dia ikut kan..saya dapat bayangkan mukanya yang masam..akan buat saya lagi stress...pastu dia mesti nak cepat2 je keluar..beli buku then balik la..mana bley macam tu...saya ni kalau boleh nak tawaf satu PWTC tu...dari pagi sampai ke malam pun saya sanggup taw...novel punya pasal...Biasalah..kalau kita buat sesuatu yang kita minat, mesti kita seronok...Tambahan pula ditemani oleh kawan yang sama minat dengan kita kan...lagi lagi lagi la seronok kan....

Cukup dulu pasal PBAKL...
Ni nak cerita pasal bas Transnasional yang saya naik malam tadi..Memang agak lama saya tak balik dengan bas.kali ni saya kena naik bas sebab saya keseorangan...Jadi seperti biasa, saya keluar pergi beli tiket bas..dan pilihan saya...BAS TRANSNASIONAL...saya seolah-olah terlupa dengan insiden yang pernah berlaku pada kali terakhir saya naik bas tersebut..



Pada kali terakhir saya naik bas Trans ni masa saya balik UIA akhir tahun lepas masa cuti Maulidur rasul..sebelum ke Kem Ibadah..Seperti biasa la saya beli tiket.. Harga tiket tu RM 40.20 ye...bukan RM 10 tau...kat tiket tu tertera Premier bus..maknanya bas 1tingkat...tapi..yang datangnya Business Class punya bus..iaitu bus 2 tingkat yang untuk perjalanan dalam bandar sahaja. Boleh bayangkan tak keadaan bas untuk perjalanan dalam bandar dibawa untuk perjalanan jauh?? Memang agak bengang masa tu...saya cuma berdoa supaya saya selamat sampai..Dan alangkah terkejutnya saya apabila kawan saya buka cerita bas yang saya naiki itu pada keesokan harinya ditahan oleh JPJ di atas banyak kesalahan..Ya Rabbi....Nasib baik tiada kecelakaan yang berlaku pada penumpang. Itulah ceritanya..

Dan malam tadi sekali lagi ianya berlaku kepada saya..Bas yang saya naiki malam tadi agak buruk keadaannya dan yang tambah menyedihkan lagi..penumpang untuk 2 buah bus digabungkan menjadi 1 bas..So, lepas pada ni...no more BAS TRANSNASIONAL...



Monday, April 11, 2011

Hadiah Untukku

Hampir sebulan berlalu hari ulangtahun kelahiran saya..Baru sekarang saya nak share apa yang saya dapat dari kawan2 saya..Sungguh terharu....Terima kasih banyak-banyak ya kawan-kawan ( Farha, Nik n Mizah )..Korang memang best la... 




Walaupun cuma 2 slices cakes ( Farha belanja )...tapi memang best sangat2 kan...Tapi masa ni Nik takde..kami bertiga je...
 Birthday girl..huhuhu...


Ni hadiah dari kawan-kawan...comey3...ada satu lagi hadiah dari Farha..iaitu novel....sungguh terharu..my B pun bagi novel jugak even pending lama sangat hadiahnya...Apapun...thanx banyak2 ya kawan2...

Tak lupa juga buat semua yang wish birhday saya di Facebook and sms....Thanx semuanya...





Tuesday, March 8, 2011

Hari Minggu di FRIM

FRIM stands for Forest Research Institude Malaysia..Minggu lepas saya dan kawan-kawan berkesempatan ke FRIM..nak berkelah sekaligus merehatkan minda..Pada mulanya just nak pergi Sungai Pisang je..tapi soooo sorry..saya memang takkan jejakkan kaki ke situ lagi disebabkan airnya yang kotor dan membuatkan badan saya gatal-gatal..Jadi,yang terlintas di fikiran hanyalah FRIM yang paling dekat pun..Mungkin satu hari nanti nak ke Sg Gabai pula..teruja tengok pic2 kat blog BroFramestone.




Pada mulanya kami tak jadi pergi ke FRIM. Sebabnya saya ada quiz pada malamnya dan saya perlu study. Serba-salah memikirkan kawan saya, NIk yang begitu beria-ia nak mandi air terjun, fikir punya fikir, saya buat keputusan untuk pergi jugak TETAPI gerak lepas zohor. Masa yang ada saya gunakan untuk study dulu. Lepas je solat Zohor, kami ke kedai makan beli nasi bungkus dan makanan yang lain.( spagetti lain masa ye Nik)..


Lepas je makan, ni lah aktiviti kami...TADAAA...














Air terjunnya biasa-biasa je..tapi OK la..kami tetap puas hati..Memang gembira sangat masa tu. Namun, siapa sangka siapa menduga kan, inilah yang dikatakan beringat sebelum kena. Nik jatuh masa nak turun dan akibatnya, tulang punggungnya bengkok dan terpaksa bercuti. Ini sebenarnya yang nak jadi...Apapun Nik...sabarlah ye...

Nota : gambar boleh tengok kat my Facebook.

Thursday, March 3, 2011

10 perkara paling best masa sekolah rendah

Dah hampir 13 tahun berlalu sejak saya meninggalkan bangku sekolah ( ceewahhh..ayat skema la plak kan)..tukar channel...Sebenarnya ni tag dari cikcah..saya cuba jawab la ye walaupun banyak sebenarnya yang saya dah lupa..

  1. Masa darjah 1, jari luka teruk sangat berdarah sampai Cikgu Asiah hantar balik rumah @ arwah Tok Ayah datang amik..lupa..haha..
  2. Selalu bertanding dengan Nur Marlina (kami panggil yin). Kalau dia dapat no 1 saya akan dapat no 2..macam tulah kira2nya...
  3. Masa darjah 3, dapat jadi pengawas..bangga la jugak..haha...
  4. Darjah 4 dapat naik ke kelas 4M..kelas no 1..tapi masa tu rasanya dah tak merasa no 1 dah..sebab memang sekelas dengan budak-budak pandai..Apapun still top 5 la...
  5. Kenangan banyak masa darjah 6 la..Wakil sekolah main bola baling dan bola jaring..dapat naik johan dan johan..
  6. Wakil sekolah ke Kem Sains..pergi kem 3hari je..tapi bawa beg macam nak pergi seminggu.haha..dan pakaian pulak semua basah sebab khemah masuk air hujan..tak ke naya...
  7. Persembahan kelas akhir tahun..kami kena buat tarian..belajar menari beb...ingatkan tak dapat buat performance dah..rupanya dapat jugak..best la jugak..kalaulah ada sape2 yang record masa tu..nak jugak tengok balik..haha..
  8. Bercerita sal persembahan, teringat pula menyanyi lagu Feminin untuk wakil kelas..tapi lupa persembahan apa..
  9. Sebelum pegi kelas fardhu ain, mesti pegi makan bihun sup kat satu kedai dan beli jambu batu kat kedai Kak wa..tapi sekarang tak tahu la kedai kak wa ada lagi ke tak..
  10. Yang tak boleh lupa, dapat terima hadiah depan perhimpunan sebab dapat result antara terbaik..Boleh dikatakan hampir semua geng saya dapat hadiah masa tu...
Tu je la kot yang saya ingat..tak tahu la best ke tak..kena tag ek..ok..saya tag...
  1. Tie
  2. Effy
  3. kak Aleya ( agak2 akak ingat lagi tak???)


Saturday, February 26, 2011

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum w.b.t…
Ini entry pertama saya di tahun 2011 ini..Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk menulis lagi di sini walaupun dah sebulan lebih entry tak ber ‘update’..Melangkah ke tahun 2011 bererti bertambah lagi umur 1tahun..Erk..umur hanyalah satu angka kan….(ayat nak sedapkan hati la tu kan..)
January dah pun berlalu..Sepanjang bulan January terlalu banyak hal yang berlaku dari sebesar-besar hal sehinggalah kepada sekecil-kecil hal..Ada yang manis tak kurang juga yang pahit.Namun, semuanya saya telan. Tak mengapa..saya anggapkan ini asam perencah bagi melengkapkan lagi kehidupan..
Masih relevankah untuk saya bercerita tentang azam baru??Sudah menjadi satu kelaziman setiap tibanya tahun baru akan terbitlah soalan mengenai azam baru..Tak terlepas juga saya..Azam saya tahun ni..Nak kahwin la..Boleh camtu???hehe…Anyway, Sukacita saya maklumkan tahun ini saya berusia 25 tahun..Dah suku abad la kiranya..Sememangnya saya ingin menukar status saya dari ‘single’ ke ‘married’ pabila mencecah umur 25tahun..Semoga impian saya ini tercapai ye…:-)
Selesai sudah cerita bab umur..Berbalik cerita tentang aktiviti saya sepanjang bulan January ni..
Seperti semester2 yang lepas, semester ni juga saya terpaksa pulang seminggu lebih awal ke UIA sebab kena menghadiri kem ibadah bagi semua ahli badan beruniform(SUKSIS, PALAPES dan WATANIAH) yang diadakan di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Memang agak teruk aktivi2 yang dilakukan walaupun namanya kem ibadah. Sebahagian aktiviti melibatkan air. Jadi, gambar2 hanya diambil oleh committee. Saya masih belum berkesempatan lagi untuk ambil gambar2 tersebut. InsyaALLAh bila dah ambil, saya akan kongsikan dengan korang ye…
Saya ingatkan saya takkan lagi berdepan dengan masalah per ‘gaduh’ an ini..tapi, saya silap…Dalam kebaikan yang ditaburkan, ini balasan yang saya dapat. Betullah kata pepatah inggeris, “don’t judge the book by its cover”..Tak semestinya orang tu luarannya baik, cantik….hatinya turut cantik..Pengajaran yang saya peroleh, kita kena kaji dulu sebelum mempercayai mereka. Bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tak kira la apa yang saya dah buat kat dia dan dia buat kat saya, saya tetap redha dan anggap ini adalah salah satu rencah kehidupan.
Cukuplah dulu ye buat kali ini…:-)


Tuesday, December 28, 2010

Pentingkan Diri Sendirikah Aku?

Salam semua…saya amatlah stress dan letih hari ni. Berperang dengan emosi dan juga fizikal betul-betul membuatkan saya keletihan yang maha amat. Dan ketika ini saya sepatutnya berada di makmal untuk menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan Scanning Electron Microscope (SEM) dan Energy-Dispersive Spectrometer (EDS). Tapi kenapa saya masih boleh menaip n3 ek..Seperti biasa la sesi makmal memang takkan bermula tepat pada masanya walaupun kami diminta untuk hadir TEPAT pada masanya. Sabar je la..Nak buat macammana kan…Dan sementara menunggu untuk kembali ke makmal, saya terasa untuk mencoretkan sesuatu di sini. Bukan pasal makmal tau..pasal benda lain..
Saya pun tak tahu bagaiman harus saya mulakan…Erm..baiklah..Saya bermula dengan perjanjian dengan seorang kawan. Biarlah saya namakan dia A. Saya dan A ni boleh dikatakan hampir semua kelas kami bersama termasuklah satu matapelajaran yang kami bakal ambil semester ni iaitu Seminar 2. Sedikit mengenai Seminar 2. Seminar 2 mempunyai 0.5 jam kredit. Untuk Seminar 2 ini kami diwajibkan untuk membuat kerja berkumpulan, iaitu 2-3 orang dalam satu kumpulan, dan kami akan diseliakan oleh seorang Advisor dan Topik pembentangan telahpun diberikan Kami hanya perlu pilih dan dapatkan tandatangan Advisor. Siapa cepat, dia yang akan dapat Advisor yang kiranya OK la kan..
Jadi, saya seperti biasa bersama A. A pula ada mengajak kawannya,D untuk bersama kami tanpa berbincang dahulu dengan saya dan saya pun sama. Saya pula mengajak kawan saya, C untuk bersama saya. Sehinggalah sekarang ini bila dan terbongkar, saya dan A mengambil keputusan untuk bersama pasangan masing-masing. Saya bersama C dan A bersama D. Detik ini, C berada di luar Negara bersama keluarganya dan akan pulang hujung minggu ni.. Jadi, semua urusan saya terpaksa uruskan seorang diri. Saya isi borang, jumpa advisor untuk dapatkan tandatangan dan akhir sekali berjumpa dengan Coordinator untuk serahkan borang, iaitu pada hari ini. Semalam hati saya terdetik untuk menghantar sms kepada C untuk update berita. Alangkah terkejutnya saya bila C membalas sms dengan menyatakan dia sebenarnya belum lagi mendaftar subject Seminar 2. Sedangkan hari ni semua borang diwajibkan hantar ke Coordinator. Takpelah.. Saya kira bila saya masukkan nama dia nanti lagi memudahkan dia untuk mendaftar subject ni.
Tetapi lain pula halnya.. Coordinator memang tak benarkan 2orang satu kumpulan. Maknanya, saya kena tambah lagi seorang untuk cukupkan 3 orang. Satu lagi masalah. Semua kawan saya sms termasuk A. Masalah A dan kawannya pula,mereka masih belum mendapatkan tajuk pembentangan serta tandatangan Advisor. Jadi, saya membuat keputusan untuk membuang A dan mengambil A dan D..Lalu saya hantar borang kepada Coordinator..
Pada pendapat kawan-kawan, saya ni boleh dikategorikan dalam manusia pentingkan diri sendiri ke?? Hal ini membuatkan saya resah memikarkan janji saya kepada C..


Thursday, December 23, 2010

Kembali

              Alhamdulillah...saya baru saja balik dari Ibadah Camp for Uniform Bodies ( SUKSIS, PALAPES dan Wataniah ) yang berlangdung di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka...Ada masa nanti saya buat n3 khusus pasal Ibadah Camp ni ek...

              Semester baru dah pun bermula. Rasanya semester ni bakal membuatkan saya rileks dan juga sibuk. Kenapa?? sebab sehari cuma ada 2 kelas sahaja dan petangnya saya free. cuma hari yang ada Lab je la yang agak sibuk..Hari jumaat agak packed memandangkan seminar ni saya ambil lab 3 dan lab 5 serta Seminar 2...Belum lagi FYP kan..hehehe..Anyway, saya sedang mencari kerja sebenarnya.. Kawan2 ada yang boleh tolong tak???
ok lah...jumpa nanti ok...