Tuesday, August 11, 2009
Sunday, August 9, 2009
NOVEL BULAN JULAI..
29hb Julai hingga 2hb Ogos, MPH mengadakan jualan murah. Itulah novel-novel yang sempat aku borong. dan semuanya telah habis dibaca..
Posted by ezannurhafiz at Sunday, August 09, 2009 0 comments
Labels: koleksi
HAPPY BIRTHDAY..
Seperti aku yang “kena” masa malam birthday aku dulu, nasib yang sama buat Farhah dan Haizum. Lagi “zalim” la aku kira. Siap dengan tepung lagi. Nasib baik telur dan air dibatalkan saat-saat akhir disebabkan melihat Haizum (my roommate) dah bersiap pakai tudung putih. Tak sampai hati la pulak kan nak kotorkan tudung dia. Tapi tak pe. Asal surprise ni menjadi, ok la tu.(trademark Saida AF6).
Bermula jam 8malam, seperti yang dijanjikan kami semua keluar makan malam(pada mula hanya muslihat). Masa tu siap bawa beg besar( untuk letak kek) dan aku bungkus aiskrim tebal-tebal dengan suratkhabar.(kononnya barang nak beri kepada kawan).
Sementara menunggu pesanan tiba, aku dan syikin ke kedai runcit sebelah kedai makan untuk beli tepung. Bahagikan terus kepada 3 plastik.(aku,zimah dan syikin). Sebaik tiba di kedai makan, makanan sampai dan kami pun memulakan acara potong kek dan makan aiskrim. Kemudian, barulah kami makan. Makan malam kami malam tu Nasi putih( semestinya), Tomyam Campur, Telur Dadar, Ayam masak 3 rasa dan kangkung goreng belacan.(sebab Haizum tak makan Kailan Ikan Masin. Rugi la Haizum..sedap tau..)
Sebaik turun dari kereta, terus kami kepung Haizum dan Farhah. DAN…..tengoklah apa yang jadi pada muka mereka.Haha..aku pun kena juga. Habis memutih depan bilik aku. Nasib baik kak cleaner tu tak bising.hehe…
Apapun yang telah kami buat, harapnya Haizum dan Farhah, jangan ambil hati tau..nak suka-suka je. Buat upcoming birthday lady, Syikin dan Zimah, tunggu…baik punya nanti. Kan farha? Haizum?fikir siap-siap macam mana nak kenakan budak-budak cukup umur ni.haha..
Posted by ezannurhafiz at Sunday, August 09, 2009 0 comments
Labels: aktiviti
HIKMAH YANG TERSEMBUNYI
“Aku dapat Matrik Changlun, Kedah.”
“Aku dapat Matrik Pahang.”
“Ateh dapat Matrik Penang.”
“Aku dapat Matrik Melaka.”
Dengan wajah ceria sahabat-sahabatku memberitahuku. Tp aku? Matrik mana? Semua aku tak dapat. Tinggallah aku keseorangan. Sahabat-sahabatku dah pun mula melangkah ke Pusat Matrikulasi masing-masing. Pada mulanya aku putus asa namun masih ada lagi insan-insan yang sentiasa ada disisi,belakang dan tepiku terus memberikan semangat tanpa henti. Entah berapa banyak surat rayuan yang aku hantar, semuanya hampa.
2 minggu kemudian…
Ring!Ring!
Ma angkat telefon. “ Sebentar ya, cakap dengan anak saya.” Ma panggil aku. Ketika itu aku sedang mengukur kelapa untuk pelanggan kedaiku.
“ Hello Assalamualaikum..” aku memulakan kata.
“ Waalaikumussalam. Nor Hafizan ye?”
Aku mengiyakan.
“Saya wakil dari UIA. Sebenarya saudari dapat melanjutkan ke Matrikulasi UIAM dalam jurusan kejuruteraan. Saudari terima atau tak?”
“ Tapi saya tak dapat pun surat tawaran” kataku.
“ Ye saya tahu. Itu sebabnya saya telefon saudari. Saudari dikehendaki dating ke UIA Petaling Jaya esok (Isnin) untuk mengambil surat tawaran. Sesi pendaftaran pula pada hari Selasa.”
Aku terus diam. Tak percaya dengan apa yang aku dengar. Betul ke ni? Aku dapat UIA?Engineering? tu pilihan ke-7 aku. Tanpa ku sedar air mata menitis ke pipiku. Ya ALLAH! Syukur padaMU.
Terus ku khabarkan berita gembira itu kepada ahli keluargaku. Ma, Abah, arwah datukku dan Cik Nab tersenyum kegembiraan. Dan Ma menitiskan air mata. Ye! air mata kegembiraan aku pasti..Dan detik itu baru ku faham apakah maksudnya “Biarkan ibumu menangis kerana kejayaanmu..”
Posted by ezannurhafiz at Sunday, August 09, 2009 0 comments
Thursday, August 6, 2009
BUANG MASA
Assignment MOM..Assignment CALCULUS..Assignment apa lagi...terlalu banyak tugasan yang perlu aku siapkan dan aku??..hanya berdiam diri tanpa ada inisiatif untuk siapkan assignment yang menimbun..
what's wrong with myself???
Posted by ezannurhafiz at Thursday, August 06, 2009 0 comments
Labels: perjalanan hidup