Friday, April 17, 2009

tEaM bUiLdInG 2..

Hai..ok..aku nak sambung lagi citer Team Building yang belum habis. Bermula hari ke-2 kami dengan senaman pagi (Malaysia Cergas). Pagi tu, macam-macam yang kami buat dari Chicken Dance sampailah poco2. Berapa banyak poco2 yang kimi belajar pagi tu..yang paling best bagi aku poco2 Thailand..aku suka sangat poco2 tu..



Selepas sarapan pagi dan tukar pakaian formal, kami diminta berhimpun di dewan terbuka untuk "talk session".Part yang paling bosan aku kira.haha..tapi jangkaanku meleset. Penceramah yang dijemput(ASP DR NOOR AZLAN) memang best..memanglah mengantuk jugak kan sebab malam tadi tu aku kena jadi “centry”..tapi sedikit sebanyak masuk jugak la kata-kata dari Tuan Azlan tu..






Pada waktu petang, acara yang dinanti-nantikan iaitu jungle trekking..yang paling best aku kira..antara gambar2 yang sempat diambil.




















Demikianlah perjalanan jungle trekking kami. Mengikut trainer yang lead kami, mereka kasi kami semua 4 bintang dari 5 bintang. kira ok la tu kan..

Pada malamnya pula, kami dikehendaki membuat persembahan..tak kira la berlakon ke ape ke..group aku buat pentomim..tapi kami tak menang pun..tak kesah la..apa yang penting…kerjasama..

Last day

Tibalah hari yang yang terakhir kami di Rock Resort. Aku memang berkobar-kobar nak balik walaupun sedih. Tetapi disebabkan masa tu perut aku dah buat hal jadi aku rasa aku nak sampai UIA secepat mungkin.

Biasalah, bila kata majlis penutup,mestilah ada ucapan penutup dan penyampaian hadiah. Tapi kat bawah ni aku Cuma letakkan gambar2 yang diambil selepas majlis penutup which are bersalam-salaman dengan semua ahli dan tak lupa gambar group aku..ALPHA TEAM….apa yang penting…kerjasama..










Buat kawan2 sekalian..aku harapkan ukhuwwah kita yang terjalin ini berkekalan buat selamanya..


“Disini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya”


“selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Bersyukur kini padaMU ILAHI
Teman yang dicari
Selama ini
Telah ku temui
Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni kasih ILAHI
KepadaMU ALLAH
Ku panjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman
Kupohon sokongan
pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan segala-galanya
Teman
Bersamalah kita semaikan persahabatan ini
Dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan
kepadaMU ALLAH
ku pohon restu
agar kita kekal bersatu
kepadamu teman
teruskan perjuangan
pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan segala-galanya
itulah tandanya kejujuran kita”

0 comments: