Wednesday, May 19, 2010

Nota Cinta Buat Kekasih

Kekasihku..
Kuharapkan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Maafkan aku di atas keputusanku ini. Aku tahu kau tegar menghadapinya kerana kau insan yang tabah. Dan aku cuba untuk menjadi lebih tabah dari itu.

Kekasihku..
Bukan mudah untuk aku luahkan keputusanku itu kerana perasaan sayang dan cinta yang begitu menebal dalam hatiku.Namun, ku cekalkan jua hatiku. Setakat ini, aku bisa lagi bertahan. belum setitik pun air mataku gugur di atas perpisahan ini. Dan aku harapkan ketabahan ini berpanjangan.

Kekasihku..
Masihkah kau ingat momen2 kita bersama? Terlalu banyak dugaan yang kita tempuhi bersama. Aku berterima kasih padamu kerana engkaulah yang banyak membantuku mengenali dunia luar ini. Kalau bukan keranamu, aku pasti hanyut dan aku pasti takkan pandai berdikari seperti sekarang.

kekasihku..
Masih ingatkah engkau kata-kataku sebelum aku menerimamu dulu?? Aku pernah berkata," andainya aku menerimamu, kuharapkan hubungan ini berkekalan hingga ke akhirnya." dan itulah doaku stiap kali ku selesai solat. Dan ALLAH makbulkan jua doaku walaupun sedikit. Dan sekarang, aku cuma hanya mampu berserah kepadaNYA. Biarlah DIA saja yang menentukan segalanya buatKU.

Kekasihku..
Dulu, sewaktu kita berjauhan, hubungan kita hanyalah berteraskan kejujuran dan kepercayaan. Aku percayakanmu suatu ketika dahulu dan aku masih percayakanmu sampai sekarang. Namun, kepercayaan sahaja belum cukup untuk kita teruskan perhubungan ini.



to be continued....





2 comments:

puteri_kebayan said...

lorr..
siyes ke ni k.ezan???
ecah ingatkan gaduh2 biasa je

ezannurhafiz said...

yup...siyes la cik cah..