Thursday, July 8, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah..semalam merupakan hari yang agak membahagiakan aku kerana semalam result exam sem 3 yang baru keluar..Alhamdulillah..sekali lagi keputusan peperiksaan aku yang amat memberansangkan. Memang kalau diikutkan masa exam aritu, aku banyak buat silap dan banyak jugak la yang aku tak boleh jawab.. Memang aku kurang yakin..bagi aku, cukup la hanya aku tak perlu repeat paper..Namun, kuasa ALLAH tiada siapa yang mampu melawannya.Keputusan peperiksaan aku di luar jangkaan.. ALHAMDULILLAH...

Di sini aku mula terfikir sesuatu perkara di mana ianya amat amat bersangkut-paut dengan hidupku...iaitu KEBERKATAN, DOA dan RESTU ibu bapa terutama IBU..Memang dari dulu lagi..itu yang aku pegang..dan ternyata ianya berhasil dan aku memang nampak keputusannya..OK..ada masa nanti aku akan ceritakan serba sedikit tentang hal ini yang pernah aku kongsikan dengan adik2 peserta kem motivasi di mana aku pernah dipertanggungjawabkan sebagai fasilitator.



0 comments: