Monday, August 16, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah..tahun ini dapat lagi kita sama-sama mengerjakan rukun Islam yang ke-3 ini. Meskipun dah pun 6 hari kita berpuas, rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Bersamalah kita menggandakan Ibadah di bulan yang mulia ini.








Dalam 6 hari berpuasa ni, Alhamdulillah diri ini masih lagi kuat walaupun kadangkala mahu tersungkur di pertengahan jalan.6 hari ini juga saya bersama roommates cuba sedaya upaya untuk berjimat. Setiap hari kami akan menanak nasi dan lauknya kami beli alakadar sahaja. Kadangkala saya yang akan masak. Tengok keadaan..:) Masak pun cuma lauk-lauk simple je untuk berbuka dan bersahur. Setakat ni untuk berbuka, saya masak hanyalah sardin campur kentang dan sayur goreng dan untuk bersahur sempatlah merasa nasi goreng dan juga scrambled egg. 

Dan semalam saya sempat berbuka puasa bersama adik dan kawannya di Kampung Baru. Ketika berada di sana, saya seolah-olah merasa  seperti berada di tanah kelahiran sendiri. Boleh dikatakan hampir 70% peniaga dan juga pengunjung di sana rata-ratanya berasal dari Kelantan. Alhamdulillah..ore-ore Kelate ni murah rezeki....:)..



 
 Dan inilah menu berbuka kami.




 Pemandangan dari Kampung Bharu..




 InsyaALLAH...di lain masa dapat lagi kami berbuka puasa bersama-sama lagi di tempat yang lain pula...
Selamat berpuasa!!


0 comments: