Sunday, October 10, 2010

Apa Khabarmu??

Selama kami bersama, banyak suka duka yang kami kongsi..Rahsiaku rahsiamu jua..Namun, sejak kau pergi meninggalkanku, tiada berita langsung yang kau kirimkan buat kami di sini. Sms tak berbalas..call tak berangkat. Dan hati aku berdetik. Kenapa?? Adakah kau kini dalam kesusahan..Aku cuba berfikiran positif dan berbaik sangka terhadapmu sahabat..Bagi aku, kau sibuk menyesuaikan diari di tempat baru. Walaupun sekarang aku masih tertanya-tanya. Adakah aku yang bersalah melepaskan kau pergi walaupun ketika itu hatiku menegah. Aku rasakan kau kini berada dalam kesusahan dan sesuatu telah berlaku yang menyebabkan kau menghindari dari kami..

Dan sahabat, biarlah aku luahkan di sini. Aku dah tahu kau sebenarnya pernah 'datang'. Betapa luluhnya hati aku bila dapat tahu hal ini. Semestinya kau tahu siapa yang membocorkan rahsia ini. Jangan kau marahkan dia. Bagi aku dia tak bersalah. Seperti yang kau tahu dan kau pernah beritahu dia kenapa kau nak rahsiakan hal ini dari aku, memang aku sedih..Terlampau sedih wahai sahabat. Aku menangis mengenangkan sikap kau yang banyak berahsia. Sampai sekarang sahabat, aku nantikan kedatangan kau. Setiap hari aku tunggu detik pertemuan kita. Namun apakan daya, kau dah tak sudi bertemu kami. Setiap apa alasan yang kau berikan langsung kami tak percaya. Kau kata kau sibuk, tiada masa untuk kami sedangkan untuk orang lain, sempat pula kau bertanya khabar. KENAPA???

Ya sahabat, aku tahu terlampau banyak perkara yang kau rahsiakan dari aku semenjak ketiadaan engkau. Jangan kau ingat bila kau tiada di sini kau akan lupus dari ingatan kami. Sanggupkah kau melihat kami menitiskan air mata kerana kesal dengan sikapmu..

Kami menunggu khabarmu sahabat...


4 comments:

Bro Framestone said...

kekadang ada benda yang perlu dirahsiakan dari dikongsikan

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

ezannurhafiz said...

Betul tu Bro..terkadang juga diri ini salah menilai..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Agaknya sahabat tu tersalah faham kot.. kalau tak, takkanlah tiba2 dia menjauhkan diri..

Perlu bersemuka dan berbincang 4 mata. Itu jalan terbaik.

ezannurhafiz said...

belum tibanya masa untuk bersemuka..memang itu yang diharapkan...