Sunday, October 31, 2010

The Red Warrior tetap juara

30.10.2010..
Tarikh yang paling bermakna dan manis bagi Skuad Kelantan, The Red Warrior apabila berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali pertama. Tahniah buat skuad The Red Warror. 
Memang agak terkilan kerana tak dapat ke stadium. Masih belum rezeki saya untuk ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir antara Kelantan dan Negeri Sembilan walaupun dah dapat tiket.. InsyaALLAH tahun depan, MAKE SURE skuad The Red Warrior ke final lagi sekali dan saya akan ke sana lagi. hehe..
Meskipun tak ke stadium, saya tak melepaskan peluang untuk menonton perlawanan tersebut di kaca televisyen di cafe Salahuddin malam tadi bersama kawan-kawan yang lain. Majoritinya orang lelaki tapi...ada aku kesah??? Malu tolak tepi..Bukan tak pakai baju pun kan..Sokongan tetap diberikan kepada skuad Kelantan. Alhamdulillah..ianya tak mengecewakan..
Tapi....yang mengecewakan saya tatkala melihat penyokong Skuad Kelantan melempar mercun dan botol air. Bergelimpangan botol air dalam stadium. Agak memalukan sebenarnya. Tak perlu rasanya terlalu fanatik sehinggakan menampakkan kebodohan serta ke'darat'an orang Kelantan. 
Apapun, tahniah sekali lagi buat skuad The Red Warrior atas kemenangan kalian malam tadi. Jangan lupa lakukan solat sunat syukur...

p/s :
1. Jangan lupa buat sujud syukur ya skuad The Red Warrior.
2. Dengar ceritanya ada anjing pengesan tapi mercun masih boleh lolos. kenapa ek...anjing selesema kot.Hehehe...




0 comments: