Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan.
Tetapi,itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat
24 perkara yang jangan dilakukan.Seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat
memuhasabah diri sendiri:
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis
dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya
merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan
mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti
makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja
kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih
sayang orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan
syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika
masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika
memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan
kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan
dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t
dan yg. buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam
Hujanlah... Biar Basah...
1 week ago