Saturday, February 26, 2011

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum w.b.t…
Ini entry pertama saya di tahun 2011 ini..Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk menulis lagi di sini walaupun dah sebulan lebih entry tak ber ‘update’..Melangkah ke tahun 2011 bererti bertambah lagi umur 1tahun..Erk..umur hanyalah satu angka kan….(ayat nak sedapkan hati la tu kan..)
January dah pun berlalu..Sepanjang bulan January terlalu banyak hal yang berlaku dari sebesar-besar hal sehinggalah kepada sekecil-kecil hal..Ada yang manis tak kurang juga yang pahit.Namun, semuanya saya telan. Tak mengapa..saya anggapkan ini asam perencah bagi melengkapkan lagi kehidupan..
Masih relevankah untuk saya bercerita tentang azam baru??Sudah menjadi satu kelaziman setiap tibanya tahun baru akan terbitlah soalan mengenai azam baru..Tak terlepas juga saya..Azam saya tahun ni..Nak kahwin la..Boleh camtu???hehe…Anyway, Sukacita saya maklumkan tahun ini saya berusia 25 tahun..Dah suku abad la kiranya..Sememangnya saya ingin menukar status saya dari ‘single’ ke ‘married’ pabila mencecah umur 25tahun..Semoga impian saya ini tercapai ye…:-)
Selesai sudah cerita bab umur..Berbalik cerita tentang aktiviti saya sepanjang bulan January ni..
Seperti semester2 yang lepas, semester ni juga saya terpaksa pulang seminggu lebih awal ke UIA sebab kena menghadiri kem ibadah bagi semua ahli badan beruniform(SUKSIS, PALAPES dan WATANIAH) yang diadakan di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Memang agak teruk aktivi2 yang dilakukan walaupun namanya kem ibadah. Sebahagian aktiviti melibatkan air. Jadi, gambar2 hanya diambil oleh committee. Saya masih belum berkesempatan lagi untuk ambil gambar2 tersebut. InsyaALLAh bila dah ambil, saya akan kongsikan dengan korang ye…
Saya ingatkan saya takkan lagi berdepan dengan masalah per ‘gaduh’ an ini..tapi, saya silap…Dalam kebaikan yang ditaburkan, ini balasan yang saya dapat. Betullah kata pepatah inggeris, “don’t judge the book by its cover”..Tak semestinya orang tu luarannya baik, cantik….hatinya turut cantik..Pengajaran yang saya peroleh, kita kena kaji dulu sebelum mempercayai mereka. Bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tak kira la apa yang saya dah buat kat dia dan dia buat kat saya, saya tetap redha dan anggap ini adalah salah satu rencah kehidupan.
Cukuplah dulu ye buat kali ini…:-)