Wednesday, June 30, 2010

Sardine Roll

Kali ni masak Sardine Roll plak..hehe..






Mesin Basuh Rosak

Semalam mesin basuh rosak..Pakaian pula banyak yang belum berbasuh. Memang setiap hari sejak aku bercuti ni, aku yang ambil alih tugas2 Ma aku..Bangun pagi je pas solat Subuh..bermula la tugas2 aku..dari membasuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah dan sebagainya la...

DAN KINI...mesin basuh sudahpun ROSAK..terpaksalah aku membasuh pakain MANUALLY...huhu..memang terasa jugak la kepenatannya..diselangi leteran abah aku pagi2 buta hari ni yang membuatkan badan, otak dan hati sama2 letih..

Kalau nak dikira pun, aku takla rasa sangat letih basuh baju sebab memang aku dah biasa basuh baju manual kat hostel.Tapi disebabkan muzik yang mengiringi sesi pembasuhanku itu amat menyakitkan hati...tu yang lagi penat jadinya..
Tapi tak pe..aku diamkan aje.. Penat memang penat..tapi sekurang2nya kau dah meringankan beban Ma..dan aku harapkan dengan kebajikan yang aku lakukan ini, aku akan peroleh keberkatan dan kenikmatan hidup..



Sunday, June 27, 2010

Seminggu Bercuti

Diam tak diam dah seminggu lebih aku kat rumah ni.. Apa yang aku buat ek..hehe..macam biasa, setiap hari bangun pagi je, keje dah menunggu. Nak2 sekarang ni Ma dan Abah aku tengah buat rumah. So, boleh dikatakan setiap pagi dan petang, kami akan ke tapak rumah untuk buat kerja..Hitam balik kulit aku..haha..ingatkan dapatla cerahkan kulit bila kat umah..Hampeh..

Then, 2-3 hari lepas, Ma danAbah turun KL hantar barang. Tinggal la aku terkontang- kanting bersama adik2 aku. Aku la yang kena buat kerja2 rumah semua. Dari basuh baju pagi sampailah ke memasak..aku la yang buat semua ni..haha..rajin tak?? Agak2 dah boleh kawen ke ni??merenyam la plak ek..

Hari Jumaat lepas, aku ke rumah C.Chik aku..dia buat kenduri doa selamat sikit sempena anaknya, Amanie yang akan ke Sarawak untuk melanjutkan pelajaran. Mula2 aku kebosanan la jugak tapi bila dah lama agak happening la jugak..


 Pic ni diambil ketika kami semua sedang mengadap etok..Haha..Aku bersama Pakcik2 ku dan cousin aku, Ila..




 Ni la etok. Kat tempat lain aku tak tahu apa nama benda ni.. Bila dah nak habis makan baru teringat nak ambil gambar..Hehe..Aku dah lama tak makan etok ni..Bila dapat makan macam syok la pulak walau selepas tu aku terus sakit tekak dan batuk2.. Aku ada kenangan bersama etok ni yang tak dapat aku lupakan. Next time aku aku ceritakan OK..




Thursday, June 17, 2010

MISI


Final exam dah pun selesai..
So
Misi sekarang????
-
-
-
-
-
 * Kemas bilik.
*Kemas beg
* Kemas lagi apa yang patut....
Then???
-
-
-
-
-
Tunggu JUMAAT ni....
N
Sayonara UIA!!!










Thursday, June 10, 2010

Nak Keje kat Kedai Buku

Semalam aku keluar dengan kawan2 baik aku ni..Farha dan Zimah..kali ni destinasi kami ialah WAngsa Walk..Kononnya nak main boling..sampai je..pergggghhh...gila ramai orang..aduhai..dah nak dekat 4.30 ptg masa tu..Zimah bagi cadangan nak tengok wayang..Kami on je..Then, pilihan kami ialah.....Lagenda Budak Setan..

OK..cukup la kat situ mukaddimahnya..aku bukan nak cerita sal movie tu..Yang aku nak cerita ni berkaitan dengan kedai buku..

Sebenarnya dah lama aku perhatikan..sesekali aku masuk kedai buku nak tengok novel2 terbaru atau aku memang pergi dengan niat nak beli novel tapi novel yang aku nak kadang2 tak de..So, aku akan tanya la pekerja kat situ..Saya cari novel sekian..sekian..sekian..
Antara dialognya..
Aku : Saya sedang cari novel xxxx ni..terbitan xxxx...Kat mana ya?? Saya dah tengok tadi kat rak..tapi takde.
Pekerja : Ohw..novel tu dah habis..

OK..aku terima bila dia cakap dah habis dan alasan lain yang aku kira logik.Apa kata plak jadinya macam ni??

Aku: Saya seedang cari novel xxxx..terbitan xxxx..
Pekerja: Ada kat rak terbitan xxxx sebelah kanan tu kak..
Aku: Saya dah cari..tapi takde la..
Pekerja: Jap ye kak..Saya tolong carikan..

Dan dia pun pergi di rak yang disebutkan dan cari novel yang aku cari tu..Bukan rak tu je dia cari, malah kat rak2 lain pun sama. Dan jumpa novel tu di celah2 novel terbitan lain.
Aku terkedu..
Kenapa mesti novel diletakkan merata2??
Tu satu hal la..yang jenis terpinga2 pun ada..bila tanya pasal novel..tak tahu pape..
macam mana la boleh kerja di kedai buku???
Bagi aku, bila kita kerja di satu2 tempat ( kedai buku terutamanya)..SEHARUSNYALAH kita ambil tahu tentang semua buku2 yang ada kat situ dan perkara seangkatan dengannnya..
Aku pernah ke kedai buku dan berurusan dengan seorang pekerja ni. Bila aku tanya judul buku yang aku nak, dia cakap.." Maaf ye kak..novel tu dah kehabisan stock dan hanya akan sampai minggu depan sekian sekian haribulan..: Nampak tak perbezaannya??
Aku rasa nak cuba kerja kat kedai buku?? Ada sape2 boleh tolong aku tak??? Aku nak buat part-time je..boleh fix dengan jadual aku..Kalau sape2 sudi tolong aku, let me know ok...