Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 2010

2009 telah pun selamat melabuhkan tirainya..2010 pula menyusul tiba. Seperti lazimnya, soalan yang meniti di bibir adalah ‘apa azam tahun baru ni?’ Bagi aku pula, azam setiap tahun generally aku nak perbaiki setiap kesilapan yang telah aku buat sepanjang tahun 2009 samada sengaja atau tak. Bagi aku kesedaran yang amat penting . Tanpa kesedaran dan keinsafan, segala perubahan yang kita inginkan takkan tercapai.
Azam aku seterusnya adalah untuk siapkan jugak manuskrip novel pertama aku. Aku ingin mencuba sesuatu yang baru ini. Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH...

Azam tambahan aku pada tahun ini adalah untuk lebih pentingkan diri sendiri. Mesti semua orang akan pelik kenapa itu menjadi satu azam. Selama ini, kita disogok supaya jangan pentingkan diri sendiri. Mungkin sesetengah perkara kita diharuskan untuk tidak mementingkan diri sendiri. Tapi kebanyakannya adalah pentingkan diri sendiri. Sampai bila aku harus bergantung kepada orang lain untuk aku berjaya dalam erti kata lain, untuk aku teruskan kehidupan aku ini.

Sehingga hari ini, aku amat bersyukur dikurniakan keluarga dan sahabat yang amat memahami aku dan sentiasa berada di sisi aku ketika aku sendirian. Tapi, sampai bila aku harus bergantung kepada mereka??Aku juga ingin buktikan kepada mereka bahawa aku bukanlah insan yang lemah, yang hanya tahu bergantung kepada mereka.





Apapun, SELAMAT TAHUN BARU 2010 buat semua sahabat dan pengunjung blog aku yang tak seberapa ini..