Tak dinafikan perkara yang berlaku (n3 bawah) membuatkan aku down sangat. Secara kebetulan, aku YM dengan adik aku. Aku luahkan apa yang terjadi.Then adik aku ajak aku pergi Air Terjun Templer (kalau tak salah). Memang happy sangat2..Thanx my dear sis...
Hampir sebulan aku tidak meng 'update' blog ni..Nak kata bz..tak la bz sangat pun..tapi entah mengapa mood untuk menulis @ menaip merudum(dum..dum..dum..) ditambah pula dengan broadband yang suka sangat2 buat hal..sabal jelah....
Banyak perkara yang berlaku sepanjang bulan Januari ni yang aku rasa banyak mencabar kesabaran aku. Tapi bagi aku, selain family aku, keikhlasan serta sokongan daripada sahabat2 yang membuatkan aku jadi lebih tabah dan berani.. Alhamdulillah sahabat2 masih lagi sudi bersamaku ( Terima Kasih Sahabat.. )
Aku mengambil peluang untuk menceritakan serba sedikit hal ini berlaku. Perkara ni sebenarnya kecik sangat je pun. Dan aku rasa berdiam diri adalah lebih baik. Bukan bermakna aku sombong. Dalam pada aku berdiam diri, aku banyak berfikir dan aku juga mengaku bahawa aku juga bersalah dalam hal ni. Prinsip aku mudah. Bila orang tak nak bercakap dengan aku, aku diam je. Bukan aku tak nak bercakap atau tegur tapi bila aku tegur dia, dia buat tak layan je n siap buat muka lagi. Itu dia tak perasan. So, aku taknak rumitkan kepala otak aku fikir.. better aku diamkan aje..Tapi tak aku sangka ada hamba Allah ni tak puas hati.
Pada satu malam, dia datang ke bilik aku untuk bersemuka denganku. Kebetulan masa tu, aku telah tidur. Badan terlampau letih. Tapi aku bangun jugak. Dan dia memulakan sesi 'terjah'an soalannya kepadaku. O.K. Since dia dah tanya elok2, aku pun jawab elok jgk.. Tetapi sampai satu ketika dia tak puas hati..Dia kata, "Ko tak bleh buat macam tu (sebab prinsip aku tu)..Ko kena ubah perangai ko." O.K..aku terima..Then, teruskan lagi sesi luahan perasaan..Katanya aku buat muka. dia tak suka. O.K..aku terima walaupun ayatnya agak melampau ( "Boleh tak ko jangan buat muka cam tu sebelum aku lempang muka ko?") Aku agak tersentap..tapi aku sabarkan hati...
Bila dia tanya aku soalan " agak2 ko, selepas ni kita akan jadi close seperti sebelum ni atau semakin jauh?" Aku mengambil masa untuk menjawab soalan ini. dan jawapan aku adalah.."macam biasa..Not too close n not too far.." memang itu yang paling jujur bagi aku. Dia tak boleh terima.Aku tak tahu apa yang ada dalam hati dia.
Selepas asakan dan terjahan dari roommate aku yang lain, lantas dia bangun lalu keluar bilik. Sempat la dia tampar pintu bilik kami. Dia tak boleh accept apa yang diluahkan oleh kami. Dan....We don't get any solution..So, what's the point???
Aku ceritakan kat sini bukanlah untuk memburukkan lagi keadaan TETAPI untuk memberi penjelasan dari pihak aku pula kerana aku tidak diadili sewajarnya..Dan bagi aku, hal ini hanya melibatkan aku dan dia. Aku rasa orang lain tak perlu masuk campur kalau setakat nak mengeruhkan lagi keadaan.Aku minta maaf jika ada pihak yang tersinggung atau tergores hati..Wassalam...
p/s: buat si dia..aku minta maaf di atas kesalahan yang aku buat..