Monday, September 27, 2010

Situ Siti Sana Sini


Salam buat semua.. dah lama blog ini tak ber ‘update’ disebabkan tuan rumah bercuti. InsyaALLAH saya akan mula ber ‘blogging’ semula. Dikesempatan ini masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kawan dan juga pengunjung blog saya ni.. AMPUN DAN MAAF dipinta andai ada salah dan silap yang sengaja ataupun tidak disengajakan dan ucapan seinfiniti TERIMA KASIH saya ucapkan kerana masih sudi menjengah ke blog saya ini. Sokongan anda semua amat saya hargai. OK..cukup sudah mukaddimah yang agak panjang berjela ini ye..

Baiklah..sambung cerita sepanjang saya bercuti ini ye..Biarlah kali ini entrynya panjang sikit ye..



Saya mula bercuti seminggu sebelum raya iaitu 4hb September 2010. Kali ini saya pulang bersama Wani dan adiknya. Kami bertolak jam 0645 dan sampai lebih kurang jam 1415. Sampai je di rumah, kelihatan kereta Harrier yang baru sampai dan My Ma sedang mengelap kereta. Wah!! Rajin kan my Ma..Dan saya seperti biasa, selepas selesai mengemas barang-barang mestilah bersembang dengan my ma..
Pada waktu petang, kami berbuka bersama-sama. Menunya tak lain dan tak bukan, tumis nasi kerabu beserta ayam golek yang my ma beli menggantikan ayam percik pemintaanku. Pada mulanya saya nak ke bazaar Ramadhan tapi memandangkan saya ketiduran dan bangun pun dah lewat, niatku itu terpaksa dilupakan. Namun, keesokan hari, saya berpeluang untuk ke Bazar Ramadhan dengan adik bongsu, Shahmi. Bercerita tentang Bazar Ramadhan kali ini di Stadium, menu memang banyak tetapi sayangnya harga makanan yang mahal dan juga layanan kurang mesra dari penjual membuatkan itu kali pertama dan terakhir saya ke sana. Memang tujuan saya ke sana untuk membeli kuih kesukaan saya bila tiba Ramadhan iaitu kuih Jala Mas. Memang dah cari serata KL ( tipu la kan..) tapi tak jumpa..Bila dah jumpa, saya beli agak banyak tapi tak membazir tau..Memang habis saya makan…
 search dari google..


Hari-hari yang lain pun sama. Tiada apa yang saya buat. Rutin yang sama setiap pagi..Lepas Solat Subuh, saya akan tidur dan bangun pun dalam pukul 10 pagi dan saya akan kemas bilik, kemas rumah dan basuh baju. Ada la satu hari yang saya keluar dengan my ma ke Bandar KB untuk membeli baju raya. Kononya nak murah kan..balik beli kat KB tapi…..HAMPEH..Semuanya mahal..Moral of the story..tahun-tahun yang akan dating..saya akan beli siap-siap sebelum balik..hehehe..Akhirnya beli jugak la..KAsihan pula tengok my ma yang dah jemu follow buntut anak dia ni..
Saya pulang ke kampung untuk  solat terawih pada malamnya. Mek ( my grandma ) menyuarakan hasrat di hatinya untuk mengambil tempahan tapai pulut tetapi memandangkan anak-anaknya yang sibuk, dia membatalkan hasrat hatinya itu. Sedih la plak kan..So, saya mengambil keputusan untuk menolongnya membungkus tapai. Gembira tak terperi la orang tua itu..
Bila tiba hari yang dijanjikan, saya menunggu kepulangan adinda saya Mimiey. Dia samapai je terus kami ke rumah Mek. Kesian dia kan tak dapat rehat..Sampai je rumah nenek, kami meneruskan acara membungkus tapai..Sampai ke petang kami membungkus tapai sampaikan Mek menyuruh saya dan adik-adik berbuka di rumahnya. Berbukalah kami dirumahnya. Kebetulannya pula Cik Chik sekeluarga dating. Bertambah meriah la suasan berbuka kami pada hari tersebut.
Saya rasa cukuplah dulu corat-coret saya pada kali ini. Bertemu lagi kita pada entry yang akan datang ye..
Terima kasih kawan-kawan..
p/s: gambar tak de..memang tak sempat nak bergambar...