FRIM stands for Forest Research Institude Malaysia..Minggu lepas saya dan kawan-kawan berkesempatan ke FRIM..nak berkelah sekaligus merehatkan minda..Pada mulanya just nak pergi Sungai Pisang je..tapi soooo sorry..saya memang takkan jejakkan kaki ke situ lagi disebabkan airnya yang kotor dan membuatkan badan saya gatal-gatal..Jadi,yang terlintas di fikiran hanyalah FRIM yang paling dekat pun..Mungkin satu hari nanti nak ke Sg Gabai pula..teruja tengok pic2 kat blog BroFramestone.
Pada mulanya kami tak jadi pergi ke FRIM. Sebabnya saya ada quiz pada malamnya dan saya perlu study. Serba-salah memikirkan kawan saya, NIk yang begitu beria-ia nak mandi air terjun, fikir punya fikir, saya buat keputusan untuk pergi jugak TETAPI gerak lepas zohor. Masa yang ada saya gunakan untuk study dulu. Lepas je solat Zohor, kami ke kedai makan beli nasi bungkus dan makanan yang lain.( spagetti lain masa ye Nik)..
Lepas je makan, ni lah aktiviti kami...TADAAA...
Air terjunnya biasa-biasa je..tapi OK la..kami tetap puas hati..Memang gembira sangat masa tu. Namun, siapa sangka siapa menduga kan, inilah yang dikatakan beringat sebelum kena. Nik jatuh masa nak turun dan akibatnya, tulang punggungnya bengkok dan terpaksa bercuti. Ini sebenarnya yang nak jadi...Apapun Nik...sabarlah ye...
Nota : gambar boleh tengok kat my Facebook.