Aku sekarang dah pun ada kat rumah. Seperti yang semua maklum,hujan turun dengan lebat sekarang ni. Sejak dari aku sampai sini sehinggalah ke detik ini, hujan turun tak henti2.. Alhamdulillah, di Kota Bharu keadaan masih lagi terkawal. Aku sempat meninjau keadaan Sungai Kelantan ( kebetulan aku ke Tesco), memang air dah pun naik sampai ke tebing sungai.Air mengalir dengan laju. Ya Allah!sungguh ngeri bila aku tengok dan aku terbayangkan orang hanyut dibawa arus. Na'uzubillah..
akhirnya berakhir sudah final exam..Bukan saje penat, malah emosi aku juga turut tak stabil sepanjang minggu exam. Pelbagai masalah merasuk fikiran. Kadang-kala masalah yang tak dipanggil masalah pun aku boleh fikir sampai jadi tension.. Namun, akhirnya semuanya selesai dengan baik.Alhamdulillah.
Hari ini aku mula mengemas barang2 untuk pulang ke rumah.HOOOYAAHH dan juga kemas barang2 untuk pindah ke Mahallah baru sem depan..Kali ni aku angkut semua novel bawak balik. Berat siot novel ni. Aku dah tahu berat tapi still gatal juga nak angkut semua bawak balik..Ish!Ish!..Menempat penyakit tak de vaksin betol la.. Hari ni juga aku basuh segala cadar, blanket dan towel aku. Takkan la aku nak angkut bawak balik jgk kan..Memang akan patah dua la bahu aku nanti.Hehe..Kalau tak sempat kering camane??Nak2 sekarang ni musim hujan. Suka-suki je hujan nak turun. Sekarang ni pun mendung je..Aku ada solution..Mestilah roommate merangkap sahabat baik aku Zimah yang akan jadi mangsa aku untuk angkat segala harta aku di ampaian kan..Macam tak biasa kan zimah???hehe...
Aku memandang ke arah luar melalui tingkap bilikku yang sengaja aku buka. Hujan turun dengan lebat. Terbang ingatan aku ke kampung halamanku. Lantas, aku menghantar sms kepada Ma dan Paksu aku bertanya keadaan di sana (KB dan Jeli). Ma menbalas smsku memberitahu Jumaat lepas, air masuk lagi. Kali ni, bilik aku dan adik2 yang menjadi mangsa. Kasihan Ma dan Abah kerana kali ni aku dan adik aku (Mimi dan Fiza) tak ada di rumah. Hanya Shahmi yang menjadi penolong..:) Selalunya bila hujan lebat camni, abahku akan bertungkus-lumus membuang segala sampah-sarap supaya longkang tak tersumbat.
Pada satu malam tahun lepas, hujan turun memang lebat gila. Kebetulan masa tu aku dan adik aku(Mimi) sedang bercuti. Kami kat dapur masa tu, bersembang sambil mengangkat barang2 ke tempat yang lebih tinggi sebab masa tu air dah masuk kat dapur melalui bilik mandi dan atap yang bocor. Dalam kami bergelak ketawa sambil mengangkat barang, adik aku Shahmi datang beritahu air dah masuk kat ruang depan (bilik kami sekarang ). Kami bertambah cuak. Kat depan tu tak pernah masuk air sebab tinggi. Komputer pun ada kat situ. Aku terus bergegas ke ruang depan. Sempat la angkat apa2 yang patut. Memang penat!!Air pulak masuk dengan cepat. Hujan semakin lebat.
Ruang depan yang dah pun selamat ditenggelami air.
Luar rumah.
Adik-adik kesayanganku
Shahmi yang rajin tapi buat kerja yang sia2.Haha..
Yang paling kasihan jiran aku yang kerja kat KB Mall la. Mereka kerja sampai lewat malam. Sampai je kat rumah, semua dah 'selamat' tenggelam. Dengan tilam, bantal dan barang2 lain lagi. Malam tu semua menumpang kat rumah jiran yang lain. Keluarga aku pulak nasib baik tempat yang tinggi sikit tak naik air. So, semua tidur berhimpit la kiranya.
Keesokan harinya, hari cerah dan tak hujan. Apalagi, semua orang mengerahkan tenaga masing2 mencuci satu rumah. Carpet2 yang basah dibasuh dan dijemur. Memang happening!!
Waktu Subuh tadi aku dapat 1 sms dari Ma yang berbunyi " Hari ni hari jadi Adik, tel lah die selalu,beri semangat.(sms dalam loghat kelantan)". Aku tak pernah lupa hari lahir adik bongsuku dan juga hari lahir ex-roommate,ezan..Dan tarikh ini juga arwah atuk aku dikebumikan ( sebab meninggal waktu malam ). Adik aku paling terasa kehilangan datukku kerana dia yang paling rapat dengan datukku,menemani datukku ke mana sahaja dia pergi. Kehilangan datukku membuatkan dia rasa satu kehilangan (walaupun masih kecil ketika itu).
Buat Shahmi dan ezan, Selamat Hari Lahir. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.
Dah banyak kali soalan yang ditanya kepada aku. Antaranya:
Kenapa join SUKSIS?
Best ke SUKSIS ni?
Tak penat ke kawad 1hari?
Dan banyak lagi soalan2 yang aku rasa agak penat untuk jawab.hehe.. kat sini kira aku nak kongsi la pengalaman aku sebagai anggota SUKSIS UIAM ni.
Menjawab soalan pertama kenapa aku join SUKSIS sebenarnya aku ikut kawan.Itu yang sejujur-jujurnya. Memang aku ni agak teruk Selalu takut untuk buat sesuatu sorang2.Di samping itu, memang angan2 aku dari kecil lagi aku nak teringin sangat nak pakai uniform polis ni. Akhirnya tercapai juga. Alhamdulillah..
Yang kedua, best tak join SUKSIS? Mula2 dulu, agak tak best la sebab kena bangun awal-awal pagi (setiap sabtu dan rabu). Tapi bila dah lama rasa imun dah. even sekarang ni bila takde kawad pun akan automatik setiap pagi sabtu dan rabu tetap tak boleh tidur waktu pagi dan memang akan bangun awal. Perkembangan yang baik aku kira.
Yang ketiga, kawad 1hari memang penat!!ditambah lagi cuaca panas terik. Tapi, aku (dan kawan2 aku) fikir positif. Kalau aku tak join SUKSIS, aku tak rasa yang aku akan bangun awl2 pagi untuk pergi jogging untuk menyihatkan badan.haha..jadi,dengan aku join SUKSIS ni..dapat la aku bersenam walau seminggu sekali..Setakat kulit hitam sikit tu biasala..
Yang paling penting aku dapat kutip banyak pengalaman bila aku join SUKSIS ni..serius banyak. pengalaman jaga trafik,masuk hutan (walau tak sangat tapi tetap rasa juga) dan banyak lagi la..Lagi satu, kalau dulu aku rasa aku tak mampu nak buat benda2 lasak tapi sekarang dah nampak kemajuan..
kalau tak join SUKSIS, belum tentu aku dapat pegang senjata ni kan?
Hari ini genap 3 tahun arwah atukku meninggalkan dunia yang fana ini. Pemergiannya yang sungguh mengejutkan aku. Aku masih ingat lagi kali terakhir aku berjumpa dengannya.Seperti biasa, dialah orang yang akan bersungguh-sungguh yang akan menghantar aku ke perhentian bas dan menunggu sehingga bas hilang dari pandangan matanya. Malam itu aku lihat wajahnya yang betul2 kesedihan.Aku hampir menitiskan air mata pabila menatap wajahnya. Sebelum aku naik bas, seperti lazimnya juga, dia akan menghulurkan wang. Tapi kali ini jumlahya agak banyak. aku salam dan cium tangannya. Aku juga cium kedua belah pipinya.
2minggu kemudian, pada waktu malam, ketika itu aku sedang membuat latihan Calculus (sebab eok paper calculus), aku mendapat panggilan dari abahku.."Tok Ayah dah tak de.." sukar untuk aku terima kenyataan itu. Minda aku terus berputar mengingat kembali janji-janjiku kepadanya yang tak sempat tertunai.Namun, aku pasrah.. Al-Fatihah buat datukku..