Thursday, December 31, 2009

Utuhnya Tali Persahabatan


Sewaktu zaman kanak-kanak, apa yang ada di fikiran hanyalah keseronokan. Bermain bersama kawan-kawan tak kira masa. Lompat getah, pondok-pondok dan segala bagai permainan yang kami main bersama. Norul,Cik Nor, Mimi(adik aku) dan Ah Yin. Kadang kala kakak angkatku, Kak Aswim turut bersama bila masa dia free.
Masih terngiang di telinga aku Mummy Ah Yin memanggil dia supaya pulang ke rumahnya yang cuma di belakang rumah arwah datukku. Mummy Ah Yin waktu tu memang garang dan Ah Yin pula sangat nakal tak seperti kakak sepupunya Ah Yan. Ah Yan pula cuma akan keluar rumah bila dia sudah habis belajar.  Sebab tu kami tak berapa rapat.
Setelah nenek mereka meninggal dunia, mereka semua berpindah. Ah Yan dan keluarganya berpindah ke Jalan Bayam, masih lagi dalam daerah Kota Bharu manakala Ah Yin dan keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur. Tinggallah aku, Mimi, Cik Nor dan Norul yang masih lagi setia berkawan dan bermain bersama-sama sampailah satu ketika Norul sekeluarga berpindah. Tinggallah keluarga aku dan Cik Nor.  Kami bermain dan belajar bersama sehingga usia dan jadual menjarakkan kami sehinggalah sekarang ini. Kami makin tak rapat Cuma bertegur- sapa bila berselisih di tepi jalan. Masing-masing mempunyai hidup masing-masing. Aku dan Mimi melanjutkan pelajaran manakala Cik Nor sekarang telahpun berkahwin dan mempunyai seorang hero. Norul pula, meskipun jauh, kami tetap berhubung. Sms yang dihantar dan Friendster mengeratkan kami.
Salah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan adalah ketika bulan puasa. Seperti biasa, Norul dan Cik Nor akan ke rumah datukku terlebih dahulu untuk mengajak aku dan Mimi. Dengan memakai telekung, mereka berjalan melalui jalan tar (belum ada lampu jalan masa tu) sambil bersembang pasal cerita hantu yang agak famous masa tu. Kebetulan masa tu ada seorang pakcik tua menunggang basikal bertentangan jalan dengan mereka. Timbul niat di hati mereka untuk mengusik pakcik tua itu dan Norul menggunakan kepakaran mengilai dan meniru gaya pelakon dalam cerita hantu tu. Dan pakcik tu terkejut beruk lantas melompat turun dari basikalnya dan lari masuk ke kawasan perumahan. Terbahak-bahak  mereka ketawa sampailah ke rumah datukku dan dicerikan pula kejadian tadi kepada aku dan Mimi. Kami gelak sampai tak boleh nak berterawih.
Hari Raya Aidiladha yang lepas menemukan kami semua. Cerita hantu ini diulang lagi. Lagi sekali kami terbahak-bahak ketawa. Nyatalah berjauhan bukanlah satu titik noktah untuk kami memutuskan tali persahabatan kami yang begitu utuh ini.

aku & Ah Yin




mimi, aku,ah yin & shahmi(penyibuk)



mimi, cik nor, aku & ah yin



aku, norul & mimi




Friday, December 25, 2009

Tahniah

Semalam sedang aku melayan Facebook kat GPCL, aku dapat 1sms dari sesorang bertanyakan khabar aku. Setelah aku membalas keadaanku seadanya, aku memberanikan diri tanya keputusan PMRnya. Alhamdulillah, dia dapat 7A 1B.

Tahniah Mastura.

Biarpun tak dapat straight A, namun bersyukurlah. Itu tetap 1 kejayaan. Cuba lagi untuk SPM dan peperiksaan yang lain. Doa akak sentiasa mengiringimu, dik. Semoga kejayaanmu ini memjadi inspirasi buat adik-adikmu dan insan sekelilingmu.


Tuesday, December 22, 2009

Takziah

Salam takziah buat sahabat baikku dan keluarganya di atas pemergian adiknya..
Maafkan aku sahabat kerana tak dapat hadir pada hari tersebut..Harapnya kau mengerti keadaanku di sini. Al-Fatihah buat arwah Ilman..Semoga rohnya bersama para muslimin..aminn..