Thursday, December 31, 2009

Utuhnya Tali Persahabatan


Sewaktu zaman kanak-kanak, apa yang ada di fikiran hanyalah keseronokan. Bermain bersama kawan-kawan tak kira masa. Lompat getah, pondok-pondok dan segala bagai permainan yang kami main bersama. Norul,Cik Nor, Mimi(adik aku) dan Ah Yin. Kadang kala kakak angkatku, Kak Aswim turut bersama bila masa dia free.
Masih terngiang di telinga aku Mummy Ah Yin memanggil dia supaya pulang ke rumahnya yang cuma di belakang rumah arwah datukku. Mummy Ah Yin waktu tu memang garang dan Ah Yin pula sangat nakal tak seperti kakak sepupunya Ah Yan. Ah Yan pula cuma akan keluar rumah bila dia sudah habis belajar.  Sebab tu kami tak berapa rapat.
Setelah nenek mereka meninggal dunia, mereka semua berpindah. Ah Yan dan keluarganya berpindah ke Jalan Bayam, masih lagi dalam daerah Kota Bharu manakala Ah Yin dan keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur. Tinggallah aku, Mimi, Cik Nor dan Norul yang masih lagi setia berkawan dan bermain bersama-sama sampailah satu ketika Norul sekeluarga berpindah. Tinggallah keluarga aku dan Cik Nor.  Kami bermain dan belajar bersama sehingga usia dan jadual menjarakkan kami sehinggalah sekarang ini. Kami makin tak rapat Cuma bertegur- sapa bila berselisih di tepi jalan. Masing-masing mempunyai hidup masing-masing. Aku dan Mimi melanjutkan pelajaran manakala Cik Nor sekarang telahpun berkahwin dan mempunyai seorang hero. Norul pula, meskipun jauh, kami tetap berhubung. Sms yang dihantar dan Friendster mengeratkan kami.
Salah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan adalah ketika bulan puasa. Seperti biasa, Norul dan Cik Nor akan ke rumah datukku terlebih dahulu untuk mengajak aku dan Mimi. Dengan memakai telekung, mereka berjalan melalui jalan tar (belum ada lampu jalan masa tu) sambil bersembang pasal cerita hantu yang agak famous masa tu. Kebetulan masa tu ada seorang pakcik tua menunggang basikal bertentangan jalan dengan mereka. Timbul niat di hati mereka untuk mengusik pakcik tua itu dan Norul menggunakan kepakaran mengilai dan meniru gaya pelakon dalam cerita hantu tu. Dan pakcik tu terkejut beruk lantas melompat turun dari basikalnya dan lari masuk ke kawasan perumahan. Terbahak-bahak  mereka ketawa sampailah ke rumah datukku dan dicerikan pula kejadian tadi kepada aku dan Mimi. Kami gelak sampai tak boleh nak berterawih.
Hari Raya Aidiladha yang lepas menemukan kami semua. Cerita hantu ini diulang lagi. Lagi sekali kami terbahak-bahak ketawa. Nyatalah berjauhan bukanlah satu titik noktah untuk kami memutuskan tali persahabatan kami yang begitu utuh ini.

aku & Ah Yin




mimi, aku,ah yin & shahmi(penyibuk)



mimi, cik nor, aku & ah yin



aku, norul & mimi




7 comments:

Anonymous said...

ore ingak cito hantu nih k.ezan
ktorang yg dengar k.ezqan bercerita pon gelak sakan.....
best kan zaman kanak2..
indah!

-ecah

Nor Hafizan said...

haha..tu la..
masa saim k.ezan mari jale dumoh tu la dio tanyo n cito balik..teringat maso k.ezan cito dale bilik..haha..

MIMIE AFINIE said...

Memang seronok bila sesekali kita imbau balik cerita dulu-dulu. Rasa macam nak balik ke zaman tu semula kan?

Nor Hafizan said...

a'aa kak..mmg rindu sangat zaman kanak-kanak..cuma fikir keseronokan..tak de masalah pun..

Norul Izwanie said...

Haha.. jgn diingat lg cite zaman kanak2 ribena 2 ije.. malu plak bila diingatkan balik..

Memang dah xde kejela kot masa 2.. cz 2 suka kacau org.. kesian pak cik 2.. x pasal2 lari lintang pukang.. haha.. maaf ye pak cik.. haha..

Nor Hafizan said...

huhu..tu semua kenangan kite bersama tau..kalu org nak byr 1juta pun,tkkan dapat balik kenangan tu..

Norul Izwanie said...

huhu.. btl3.. aku stju..
memg kenangan yg x akan luput dari ingatan..
hehehe..