
Wednesday, June 30, 2010
Mesin Basuh Rosak

Posted by ezannurhafiz at Wednesday, June 30, 2010 0 comments
Sunday, June 27, 2010
Seminggu Bercuti
Diam tak diam dah seminggu lebih aku kat rumah ni.. Apa yang aku buat ek..hehe..macam biasa, setiap hari bangun pagi je, keje dah menunggu. Nak2 sekarang ni Ma dan Abah aku tengah buat rumah. So, boleh dikatakan setiap pagi dan petang, kami akan ke tapak rumah untuk buat kerja..Hitam balik kulit aku..haha..ingatkan dapatla cerahkan kulit bila kat umah..Hampeh..
Then, 2-3 hari lepas, Ma danAbah turun KL hantar barang. Tinggal la aku terkontang- kanting bersama adik2 aku. Aku la yang kena buat kerja2 rumah semua. Dari basuh baju pagi sampailah ke memasak..aku la yang buat semua ni..haha..rajin tak?? Agak2 dah boleh kawen ke ni??merenyam la plak ek..
Hari Jumaat lepas, aku ke rumah C.Chik aku..dia buat kenduri doa selamat sikit sempena anaknya, Amanie yang akan ke Sarawak untuk melanjutkan pelajaran. Mula2 aku kebosanan la jugak tapi bila dah lama agak happening la jugak..
Pic ni diambil ketika kami semua sedang mengadap etok..Haha..Aku bersama Pakcik2 ku dan cousin aku, Ila..
Ni la etok. Kat tempat lain aku tak tahu apa nama benda ni.. Bila dah nak habis makan baru teringat nak ambil gambar..Hehe..Aku dah lama tak makan etok ni..Bila dapat makan macam syok la pulak walau selepas tu aku terus sakit tekak dan batuk2.. Aku ada kenangan bersama etok ni yang tak dapat aku lupakan. Next time aku aku ceritakan OK..

Posted by ezannurhafiz at Sunday, June 27, 2010 0 comments
Thursday, June 17, 2010
MISI

Posted by ezannurhafiz at Thursday, June 17, 2010 2 comments
Thursday, June 10, 2010
Nak Keje kat Kedai Buku
Semalam aku keluar dengan kawan2 baik aku ni..Farha dan Zimah..kali ni destinasi kami ialah WAngsa Walk..Kononnya nak main boling..sampai je..pergggghhh...gila ramai orang..aduhai..dah nak dekat 4.30 ptg masa tu..Zimah bagi cadangan nak tengok wayang..Kami on je..Then, pilihan kami ialah.....Lagenda Budak Setan..
OK..cukup la kat situ mukaddimahnya..aku bukan nak cerita sal movie tu..Yang aku nak cerita ni berkaitan dengan kedai buku..
Sebenarnya dah lama aku perhatikan..sesekali aku masuk kedai buku nak tengok novel2 terbaru atau aku memang pergi dengan niat nak beli novel tapi novel yang aku nak kadang2 tak de..So, aku akan tanya la pekerja kat situ..Saya cari novel sekian..sekian..sekian..
Antara dialognya..
Aku : Saya sedang cari novel xxxx ni..terbitan xxxx...Kat mana ya?? Saya dah tengok tadi kat rak..tapi takde.
Pekerja : Ohw..novel tu dah habis..
OK..aku terima bila dia cakap dah habis dan alasan lain yang aku kira logik.Apa kata plak jadinya macam ni??
Aku terkedu..
Kenapa mesti novel diletakkan merata2??
Tu satu hal la..yang jenis terpinga2 pun ada..bila tanya pasal novel..tak tahu pape..
macam mana la boleh kerja di kedai buku???
Bagi aku, bila kita kerja di satu2 tempat ( kedai buku terutamanya)..SEHARUSNYALAH kita ambil tahu tentang semua buku2 yang ada kat situ dan perkara seangkatan dengannnya..
Aku pernah ke kedai buku dan berurusan dengan seorang pekerja ni. Bila aku tanya judul buku yang aku nak, dia cakap.." Maaf ye kak..novel tu dah kehabisan stock dan hanya akan sampai minggu depan sekian sekian haribulan..: Nampak tak perbezaannya??
Aku rasa nak cuba kerja kat kedai buku?? Ada sape2 boleh tolong aku tak??? Aku nak buat part-time je..boleh fix dengan jadual aku..Kalau sape2 sudi tolong aku, let me know ok...

Posted by ezannurhafiz at Thursday, June 10, 2010 0 comments