Monday, July 26, 2010

Sahabat

Sebentar tadi baru saja aku melawat blog kak aleya ( memang aku selalu ke sana )..Bila aku membaca entrynya yang bertajuk " Sahabat & Persahabatan ", memang semua yang diceritakan @ yang dialami oleh beliau turut aku alami..dan aku percaya, hampir setiap manusia akan berdepan dengan situasi ini..

Kak Aleya,
Ezan pun sama kak. Bagi ezan, kuantiti sahabat yang sedikit bukanlah satu ukuran..Yang penting, bagaimana kita menghargainya sesuatu persahabatan itu..Dan setiap persahabatan @ perhubungan sememangnya akan timbul sedikit pertelingkahan..

Dan Ezan akan ingat kata2 sahabat ezan supaya kita bersabar dengan sedikit musibah ini..

p/s: buat sahabat2ku...aku takkan biarkan persahabatan ini terlerai ikatannya....






Tuesday, July 13, 2010

Bila Kampus Dah Buka

Salam semua..saya dah selamat sampai di UIA dan semester baru sudah pun bermula..Dengan semangat baru saya mula melangkah dan saya harapkan agar tiap langkah ini diberkati dan dipermudahkan. Permulaan semester yang agak suram disebabkan kala ini saya masih lagi bersendirian. Tiada teman disisi melainkan si dia yang tersayang dan adik yang masih sudi menemani hari-hariku ini..

Dan hari ini, tekadku untuk meneruskan perjalanan hidupku walau tanpa teman disisi. Hati tetap sedih. Air mata berguguran jatuh tanpa teman menyedari. Namun, aku akur pada takdir.

YA ALLAH..
bantulah hambaMU ini meneruskan langkah2 kehidupan yang penuh onak duri ini.
 YA ALLAH,
andai ini ujian buatku, berilah hambaMU ini sedikit ketabahan agar langkahku tidak lagi tersadung. Andai langkahku tersadung, kirimkan buatku sahabatku..



Thursday, July 8, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah..semalam merupakan hari yang agak membahagiakan aku kerana semalam result exam sem 3 yang baru keluar..Alhamdulillah..sekali lagi keputusan peperiksaan aku yang amat memberansangkan. Memang kalau diikutkan masa exam aritu, aku banyak buat silap dan banyak jugak la yang aku tak boleh jawab.. Memang aku kurang yakin..bagi aku, cukup la hanya aku tak perlu repeat paper..Namun, kuasa ALLAH tiada siapa yang mampu melawannya.Keputusan peperiksaan aku di luar jangkaan.. ALHAMDULILLAH...

Di sini aku mula terfikir sesuatu perkara di mana ianya amat amat bersangkut-paut dengan hidupku...iaitu KEBERKATAN, DOA dan RESTU ibu bapa terutama IBU..Memang dari dulu lagi..itu yang aku pegang..dan ternyata ianya berhasil dan aku memang nampak keputusannya..OK..ada masa nanti aku akan ceritakan serba sedikit tentang hal ini yang pernah aku kongsikan dengan adik2 peserta kem motivasi di mana aku pernah dipertanggungjawabkan sebagai fasilitator.



Wednesday, July 7, 2010

Sayang Si Tompok




Bahagia je si Tompok ni tidur atas katil aku..Pandai je cari port yang baaiiikkk punye...haha...



Saturday, July 3, 2010

Menjenguk ke tapak rumah

Hari minggu ( Jumaat dan Sabtu ) memang kami satu keluarga akan menjejakkan kaki ke tapak rumah untuk membantu kerja yang mana mampu la kan..Sekarang ni memang tengah menambak pasir untuk dijadikan jalan memandangkan tapak rumah tu atas tanah padi..Memang kena tambak pasir dan tambak batu pula.

Semalam memang kena tambak pasir. Memang penat sangat2..Tulang belakang aku pun dah mula sakit. Apa pun..biarlah gambar berbicara.wahaha..




Sepupuku, Amanie..

 Pagi tadi aku ke lapangan terbang untuk menghantar adik sepupu yang akan melanjutkan pelajaran ke UPM kampus Sarawak. Alhamdulillah, akhirnya dapat jua dia menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menjadi kebanggaan ibu dan ayahnya.

Menceritakan serba sedikit tentang adik sepupuku ini, nama diberi Nur Amanie dan dipanggil Amanie juga oleh kami semua..Anak ke-3 dari 5 orang adik-beradik. Amanie ni anak kepada adik Ma aku yang ke2 yang aku panggil Cik Chik. Dalam keluarga sebelah Ma, aku merupakan cucu sulung dan alhamdulillah akulah jua cucu pertama yang menjejakkan kaki ke IPTA kemudian disusuli oleh adik aku Mimi dan sekarang..Amanie pula mengikut jejak langkah kami. Tak mustahil tahun depan kakaknya Ila pula yang akan menjejakkan kaki ke IPTA sementelah Ila sekarang berada di Tingkatan 6 Atas dan akan menduduki STPM. Sepupu2 yang lain masih kecil lagi dan tak mustahil akan turut menjejakkan kaki ke IPTA.

Hubunganku dengan Amanie tak la rapat sangat. Mungkin disebabkan jarak umur dan juga kami jarang berjumpa. Kalau ikutkan, kami hanya berjumpa bila raya. Namun, sejak akhir2 ni terutama minggu lepas, aku dapat rasakan Amanie semakin mesra dengan kami. MIngkin kegembiraannya membuatkan sifat pemalunya berubah. Hehe..

Pagi tadi, menitis juga air mataku tatkala bersalam dan berpelukan dengannya. Memang aku ni cengeng sikit. tengok orang nangis, aku pun nak nangis juga.Hehe..


Buat Amanie..
Langkahmu ke sana diiringi restu dan doa dari kami semua yang mengharapkan kau pulang membawa kejayaan dan kebanggaan kepada kami khususnya buat ibu dan ayahmu.
Air mata yang mengiringimu bukanlah petanda kau bakalan gagal. Namun, ianya air mata ini sebagai saksi permulaan hidupmu sebagai seorang siswa yang bakal membawa pulang kejayaan yang semestinya kami banggakan..Teruskan perjuanganmu..


Friday, July 2, 2010

Tag dari Cik Cah

Dah lama sebenarnya dapat tag ni dari Cik Cah tapi baru sekarang aku free nak jawab tag dari Cik Cah ni..

1. Adakah anda rasa anda hot?
 ==>Hot??? agak la..sekarang pun memang cuaca tak menentu kan..hehe..:D

 2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.


3. Cerita pasal wallpaper tersebut.
==> tak de yang menarik..cuma koleksi gambar diri sendiri je..

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
==> tak ingat la..rasanya dah lama..Nape?? ada sape2 nak belanja ke???boleh jew...

5. Lagu paling latest anda dengar.
==> lagu tema cite Lagenda Budak Setan ( LBS ) tajunya Bila Cinta.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
==> tengah main game CW kat FB..

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
==>kak ijey ( family ), ezan ( kawan2)

8. Tag lagi lapan orang.
- effy.
- Nabiel
- kak Aleya.
- nur ielahi.
- sang karipap.
- kak Bikash a.k.a Along
- Telor..
- Ateh..

9. Siapakah orang no. 1 kepada anda?
==> kawan alam maya yang sama2 minat novel..

10. Katakan sesuatu kepada orang no.5..
==> SK..if free..jawab la ek..

11. No. 3 ada hubungan dengan sapa?
==> hubungan dengan saya la..hehe..sayang u la kak aleya..

12. Bagaimana pula dengan no.4?
==> kawan satu SUKSIS..

13. Pesanan kepada orang no.6.
==> cepat2 ckit publish novel baru..hehe..

14. Kata2 cinta untuk orang no. 2.
==> alamak nabiel..kata2 cinta ni..wo ai ni..uwah3..

15. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
==> ntah..tak de kot..

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
- minat sama ng saya..suke bc novel.
- kalo tak kenal..org akan kata die sombong..
- suke gelak..
-sekarang ni dalam hati die ada taman dah..hehe.
- yg plg penting..dio oghe kelate..make lagi budu..deh3...