Selama kami bersama, banyak suka duka yang kami kongsi..Rahsiaku rahsiamu jua..Namun, sejak kau pergi meninggalkanku, tiada berita langsung yang kau kirimkan buat kami di sini. Sms tak berbalas..call tak berangkat. Dan hati aku berdetik. Kenapa?? Adakah kau kini dalam kesusahan..Aku cuba berfikiran positif dan berbaik sangka terhadapmu sahabat..Bagi aku, kau sibuk menyesuaikan diari di tempat baru. Walaupun sekarang aku masih tertanya-tanya. Adakah aku yang bersalah melepaskan kau pergi walaupun ketika itu hatiku menegah. Aku rasakan kau kini berada dalam kesusahan dan sesuatu telah berlaku yang menyebabkan kau menghindari dari kami..
Dan sahabat, biarlah aku luahkan di sini. Aku dah tahu kau sebenarnya pernah 'datang'. Betapa luluhnya hati aku bila dapat tahu hal ini. Semestinya kau tahu siapa yang membocorkan rahsia ini. Jangan kau marahkan dia. Bagi aku dia tak bersalah. Seperti yang kau tahu dan kau pernah beritahu dia kenapa kau nak rahsiakan hal ini dari aku, memang aku sedih..Terlampau sedih wahai sahabat. Aku menangis mengenangkan sikap kau yang banyak berahsia. Sampai sekarang sahabat, aku nantikan kedatangan kau. Setiap hari aku tunggu detik pertemuan kita. Namun apakan daya, kau dah tak sudi bertemu kami. Setiap apa alasan yang kau berikan langsung kami tak percaya. Kau kata kau sibuk, tiada masa untuk kami sedangkan untuk orang lain, sempat pula kau bertanya khabar. KENAPA???
Ya sahabat, aku tahu terlampau banyak perkara yang kau rahsiakan dari aku semenjak ketiadaan engkau. Jangan kau ingat bila kau tiada di sini kau akan lupus dari ingatan kami. Sanggupkah kau melihat kami menitiskan air mata kerana kesal dengan sikapmu..
Kami menunggu khabarmu sahabat...

Sunday, October 10, 2010
Apa Khabarmu??
Posted by ezannurhafiz at Sunday, October 10, 2010 4 comments
Labels: persahabatan
Sunday, August 15, 2010
Hari Terakhir Bersama Hazimah
Posted by ezannurhafiz at Sunday, August 15, 2010 0 comments
Labels: persahabatan
Monday, July 26, 2010
Sahabat
Sebentar tadi baru saja aku melawat blog kak aleya ( memang aku selalu ke sana )..Bila aku membaca entrynya yang bertajuk " Sahabat & Persahabatan ", memang semua yang diceritakan @ yang dialami oleh beliau turut aku alami..dan aku percaya, hampir setiap manusia akan berdepan dengan situasi ini..
Kak Aleya,
Ezan pun sama kak. Bagi ezan, kuantiti sahabat yang sedikit bukanlah satu ukuran..Yang penting, bagaimana kita menghargainya sesuatu persahabatan itu..Dan setiap persahabatan @ perhubungan sememangnya akan timbul sedikit pertelingkahan..
Dan Ezan akan ingat kata2 sahabat ezan supaya kita bersabar dengan sedikit musibah ini..
p/s: buat sahabat2ku...aku takkan biarkan persahabatan ini terlerai ikatannya....

Posted by ezannurhafiz at Monday, July 26, 2010 2 comments
Labels: persahabatan









