Alhamdulillah..tahun ini dapat lagi kita sama-sama mengerjakan rukun Islam yang ke-3 ini. Meskipun dah pun 6 hari kita berpuas, rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Bersamalah kita menggandakan Ibadah di bulan yang mulia ini.
Dalam 6 hari berpuasa ni, Alhamdulillah diri ini masih lagi kuat walaupun kadangkala mahu tersungkur di pertengahan jalan.6 hari ini juga saya bersama roommates cuba sedaya upaya untuk berjimat. Setiap hari kami akan menanak nasi dan lauknya kami beli alakadar sahaja. Kadangkala saya yang akan masak. Tengok keadaan..:) Masak pun cuma lauk-lauk simple je untuk berbuka dan bersahur. Setakat ni untuk berbuka, saya masak hanyalah sardin campur kentang dan sayur goreng dan untuk bersahur sempatlah merasa nasi goreng dan juga scrambled egg.
Dan semalam saya sempat berbuka puasa bersama adik dan kawannya di Kampung Baru. Ketika berada di sana, saya seolah-olah merasa seperti berada di tanah kelahiran sendiri. Boleh dikatakan hampir 70% peniaga dan juga pengunjung di sana rata-ratanya berasal dari Kelantan. Alhamdulillah..ore-ore Kelate ni murah rezeki....:)..
Dan inilah menu berbuka kami.
Pemandangan dari Kampung Bharu..
InsyaALLAH...di lain masa dapat lagi kami berbuka puasa bersama-sama lagi di tempat yang lain pula...
Selamat berpuasa!!
Rasanya sudah hampir 3 minggu sahabat baik aku meninggalkan aku. Memang agak perit meneruskan rutin harian tanpanya disisi. Namun aku perlu teruskan jua kehidupan ini bersama sahabat yang lain.
Hazimah…sahabat yang aku kenali semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Pusat Matrikulasi UIAM di Petaling Jaya. Aku pernah menceritakan tentangnya dalam entry sebelum ni.
‘meninggalkan aku’ bukanlah bermaksud dia meninggal dunia tetapi kami berpisah disebabkan dia bakal meneruskan pelajarannya di UTP (Universiti Teknologi Petronas) dalam jurusan yang diminatinya. Bagi seorang sahabat, aku menyokong dan sentiasa berdoa agar setiap apa yang kami lakukan sentiasa diberkati Allah.
Hari Jumaat terakhir bersamanya, kami keluar bersama roommate yang lain ke Wangsa Walk. Kami main bowling kemudian tengok wayang. Sebelum balik kami makan bersama di KFC. Memang indah sangat kenangan bersama.
Pagi Sabtu yang hening..memang aku tak sanggu nak berdepan dengan perpisahan ini. Namun, aku harus tempuhi jua..Seperti biasa, kami akan ke padang kawad untuk PT pagi itu.
Kata-kata terakhir dari Hazimah buat kawan-kawan.
Memang sukar untuk digambarkan perasaan aku masa ni. Rasa nak pitam pun ada. Memang sedih sangat melihatkan Armiza yang begitu sedih tak dapat terima pemergian Hazimah. Beliau yang baru saja rapat dengan kami begitu terasa kehilangan Hazimah, apatah lagi aku yang dah bertahun bersamanya. Ya ALLAH..memang dugaan ini maha hebat.
Namun, ketahuilah sahabatku Hazimah...
Perpisahan yang berlaku ini bakal mengeratkan lagi ukhuwwah kita.. Selamat Maju Jaya sahabatku. Walau di mana dikau berada, doa dariku takkan pernah putus agar kita semua sentiasa diredhai ALLAH dan InsyaALLAH kita akan pasti bertemu bersam kejayaan masing-masing.