Thursday, November 11, 2010

Sama-sama Renungkan

Salam buat kawan2 semua..Saya masih lagi dalam mode exam. Tinggal lagi 1 paper, Ceramic Material  pada 14hb ni. Doakan saya ye kawan-kawan.

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya kongsikan disini. Satu perkara yang saya rasa amat perlu untuk kita renung-renungkan bersama. Begini..

8hb yang lepas, saya exam 2 paper. Pagi ( 9am to 12pm ) paper Calculus 4 ( Computational Methods and Statistics ) dan sesi petangnya (2.30pm-5.30pm) paper Material Characterization. Disebabkan saya akan exam pagi dan petang, so saya memang dah susun jadual belajar siap-siap. Memang banyak yang perlu saya hal, ingat dan faham. Dengan banyak kali ponteng kelasnya *alamak terkantoi sudaaa..* jadi memang banyak sangat topic yang saya perlu belajar. 

Dipendekkan cerita, saya tak dapat jawab soalan exam pada hari tersebut. Alangkah sedihnya hati..hanya TUHAN yang tahu. Siang malam saya bersengkang mata belajar, buat latihan dan cuba untuk memahami segala topic dalam subjek tersebut malangnya tiada satu pun yang keluar dalam exam. Jadi bagaimana saya jawab exam???Takkan saya nak tinggal kosong je kan…ikutkan rasa hati ingin saya keluar masa tu juga tapi saya belum lagi hilang kewarasan. Jadi say berteleku di meja. Sambil tarik nafas, saya cuba tenangkan diri..saya banyakkan selawat serta zikir munajat. Alhamdulillah..sedikit demi sedikit saya peroleh idea untuk saya jawab soalan exam (tapi bukan berdasarkan apa yang saya baca). Dan saya Berjaya menyelesaikan semua soalan dengan ‘ikut suka hati’ saya.
Setelah berakhirnya sesi menjawab soalan, maka saya pulang ke bilik. Memang penat sangat-sangat. Tak sabar nak sampai bilik..Saya nak tidur..huhuhu..Lepas je maghrib, saya terus tidur sekejap. Saya kunci jam dalam pukul 12pagi.. Nak solat Isyak dan sambung study malam.
Dalm tidur saya yang tak berapa lama tu, saya didatangi satu mimpi@alamat yang lebih kurang begini bunyinya,
“ Jangan belajar hanya untuk menjawab soalan peperiksaan, nanti ilmunya kan hilang sebaik sahaja tamatnya ujian..Belajarlah kerana inginkan ilmu tersut supaya ilmu yang diperolehi akan lebih diberkati dan boleh digunakan pada masa yang akan datang.”

Saya terus tersentak dan tersedar dari tidur..Jadi sebagaimana yang terjadi dalam mimpi, saya cuba untuk belajar untuk mendapatkan ilmu, bukan untuk jawab exam semata-mata. Jadi, saya seru kepada kawan-kawan sekalian, bersamalah kita perbetulkan kembali niat asal kita untuk belajar..
Wallahu’llam..

0 comments: