Tuesday, December 28, 2010

Pentingkan Diri Sendirikah Aku?

Salam semua…saya amatlah stress dan letih hari ni. Berperang dengan emosi dan juga fizikal betul-betul membuatkan saya keletihan yang maha amat. Dan ketika ini saya sepatutnya berada di makmal untuk menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan Scanning Electron Microscope (SEM) dan Energy-Dispersive Spectrometer (EDS). Tapi kenapa saya masih boleh menaip n3 ek..Seperti biasa la sesi makmal memang takkan bermula tepat pada masanya walaupun kami diminta untuk hadir TEPAT pada masanya. Sabar je la..Nak buat macammana kan…Dan sementara menunggu untuk kembali ke makmal, saya terasa untuk mencoretkan sesuatu di sini. Bukan pasal makmal tau..pasal benda lain..
Saya pun tak tahu bagaiman harus saya mulakan…Erm..baiklah..Saya bermula dengan perjanjian dengan seorang kawan. Biarlah saya namakan dia A. Saya dan A ni boleh dikatakan hampir semua kelas kami bersama termasuklah satu matapelajaran yang kami bakal ambil semester ni iaitu Seminar 2. Sedikit mengenai Seminar 2. Seminar 2 mempunyai 0.5 jam kredit. Untuk Seminar 2 ini kami diwajibkan untuk membuat kerja berkumpulan, iaitu 2-3 orang dalam satu kumpulan, dan kami akan diseliakan oleh seorang Advisor dan Topik pembentangan telahpun diberikan Kami hanya perlu pilih dan dapatkan tandatangan Advisor. Siapa cepat, dia yang akan dapat Advisor yang kiranya OK la kan..
Jadi, saya seperti biasa bersama A. A pula ada mengajak kawannya,D untuk bersama kami tanpa berbincang dahulu dengan saya dan saya pun sama. Saya pula mengajak kawan saya, C untuk bersama saya. Sehinggalah sekarang ini bila dan terbongkar, saya dan A mengambil keputusan untuk bersama pasangan masing-masing. Saya bersama C dan A bersama D. Detik ini, C berada di luar Negara bersama keluarganya dan akan pulang hujung minggu ni.. Jadi, semua urusan saya terpaksa uruskan seorang diri. Saya isi borang, jumpa advisor untuk dapatkan tandatangan dan akhir sekali berjumpa dengan Coordinator untuk serahkan borang, iaitu pada hari ini. Semalam hati saya terdetik untuk menghantar sms kepada C untuk update berita. Alangkah terkejutnya saya bila C membalas sms dengan menyatakan dia sebenarnya belum lagi mendaftar subject Seminar 2. Sedangkan hari ni semua borang diwajibkan hantar ke Coordinator. Takpelah.. Saya kira bila saya masukkan nama dia nanti lagi memudahkan dia untuk mendaftar subject ni.
Tetapi lain pula halnya.. Coordinator memang tak benarkan 2orang satu kumpulan. Maknanya, saya kena tambah lagi seorang untuk cukupkan 3 orang. Satu lagi masalah. Semua kawan saya sms termasuk A. Masalah A dan kawannya pula,mereka masih belum mendapatkan tajuk pembentangan serta tandatangan Advisor. Jadi, saya membuat keputusan untuk membuang A dan mengambil A dan D..Lalu saya hantar borang kepada Coordinator..
Pada pendapat kawan-kawan, saya ni boleh dikategorikan dalam manusia pentingkan diri sendiri ke?? Hal ini membuatkan saya resah memikarkan janji saya kepada C..


0 comments: