Monday, November 23, 2009

Cuti

Aku sekarang dah pun ada kat rumah. Seperti yang semua maklum,hujan turun dengan lebat sekarang ni. Sejak dari aku sampai sini sehinggalah ke detik ini, hujan turun tak henti2.. Alhamdulillah, di Kota Bharu keadaan masih lagi terkawal. Aku sempat meninjau keadaan Sungai Kelantan ( kebetulan aku ke Tesco), memang air dah pun naik sampai ke tebing sungai.Air mengalir dengan laju. Ya Allah!sungguh ngeri bila aku tengok dan aku terbayangkan orang hanyut dibawa arus. Na'uzubillah..

Monday, November 16, 2009

Akhirnya..

Alhamdulillah..
akhirnya berakhir sudah final exam..Bukan saje penat, malah emosi aku juga turut tak stabil sepanjang minggu exam. Pelbagai masalah merasuk fikiran. Kadang-kala masalah yang tak dipanggil masalah pun aku boleh fikir sampai jadi tension.. Namun, akhirnya semuanya selesai dengan baik.Alhamdulillah.
Hari ini aku mula mengemas barang2 untuk pulang ke rumah.HOOOYAAHH dan juga kemas barang2 untuk pindah ke Mahallah baru sem depan..Kali ni aku angkut semua novel bawak balik. Berat siot novel ni. Aku dah tahu berat tapi still gatal juga nak angkut semua bawak balik..Ish!Ish!..Menempat penyakit tak de vaksin betol la..
Hari ni juga aku basuh segala cadar, blanket dan towel aku. Takkan la aku nak angkut bawak balik jgk kan..Memang akan patah dua la bahu aku nanti.Hehe..Kalau tak sempat kering camane??Nak2 sekarang ni musim hujan. Suka-suki je hujan nak turun. Sekarang ni pun mendung je..Aku ada solution..Mestilah roommate merangkap sahabat baik aku Zimah yang akan jadi mangsa aku untuk angkat segala harta aku di ampaian kan..Macam tak biasa kan zimah???hehe...

Monday, November 9, 2009

Kenangan Musim Hujan

Aku memandang ke arah luar melalui tingkap bilikku yang sengaja aku buka. Hujan turun dengan lebat. Terbang ingatan aku ke kampung halamanku. Lantas, aku menghantar sms kepada Ma dan Paksu aku bertanya keadaan di sana (KB dan Jeli). Ma menbalas smsku memberitahu Jumaat lepas, air masuk lagi. Kali ni, bilik aku dan adik2 yang menjadi mangsa. Kasihan Ma dan Abah kerana kali ni aku dan adik aku (Mimi dan Fiza) tak ada di rumah. Hanya Shahmi yang menjadi penolong..:) Selalunya bila hujan lebat camni, abahku akan bertungkus-lumus membuang segala sampah-sarap supaya longkang tak tersumbat.


Pada satu malam tahun lepas, hujan turun memang lebat gila. Kebetulan masa tu aku dan adik aku(Mimi) sedang bercuti. Kami kat dapur masa tu, bersembang sambil mengangkat barang2 ke tempat yang lebih tinggi sebab masa tu air dah masuk kat dapur melalui bilik mandi dan atap yang bocor. Dalam kami bergelak ketawa sambil mengangkat barang, adik aku Shahmi datang beritahu air dah masuk kat ruang depan (bilik kami sekarang ). Kami bertambah cuak. Kat depan tu tak pernah masuk air sebab tinggi. Komputer pun ada kat situ. Aku terus bergegas ke ruang depan. Sempat la angkat apa2 yang patut. Memang penat!!Air pulak masuk dengan cepat. Hujan semakin lebat.


Ruang depan yang dah pun selamat ditenggelami air.

Luar rumah.

Adik-adik kesayanganku

Shahmi yang rajin tapi buat kerja yang sia2.Haha..


Yang paling kasihan jiran aku yang kerja kat KB Mall la. Mereka kerja sampai lewat malam. Sampai je kat rumah, semua dah 'selamat' tenggelam. Dengan tilam, bantal dan barang2 lain lagi. Malam tu semua menumpang kat rumah jiran yang lain. Keluarga aku pulak nasib baik tempat yang tinggi sikit tak naik air. So, semua tidur berhimpit la kiranya.


Keesokan harinya, hari cerah dan tak hujan. Apalagi, semua orang mengerahkan tenaga masing2 mencuci satu rumah. Carpet2 yang basah dibasuh dan dijemur. Memang happening!!








Friday, November 6, 2009

Bila Musim Exam

Gelisah..
Nak nangis..
Sedih...
semua benda yang baca tak dapat diterima dan dihadam oleh otak..
So, macammana nak score???
aaarrrrggghhhhhhhhhhh.....
T_T

Wednesday, November 4, 2009

Murah Tapi Berharga


 

Selamat Hari Lahir


Waktu Subuh tadi aku dapat 1 sms dari Ma yang berbunyi " Hari ni hari jadi Adik, tel lah die selalu,beri semangat.(sms dalam loghat kelantan)". Aku tak pernah lupa hari lahir adik bongsuku dan juga hari lahir ex-roommate,ezan..Dan tarikh ini juga arwah atuk aku dikebumikan ( sebab meninggal waktu malam ). Adik aku paling terasa kehilangan datukku kerana dia yang paling rapat dengan datukku,menemani datukku ke mana sahaja dia pergi. Kehilangan datukku membuatkan dia rasa satu kehilangan (walaupun masih kecil ketika itu).



Buat Shahmi dan ezan, Selamat Hari Lahir. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.


Tuesday, November 3, 2009

Kenapa Join SUKSIS






Dah banyak kali soalan yang ditanya kepada aku. Antaranya:
  • Kenapa join SUKSIS?
  • Best ke SUKSIS ni?
  • Tak penat ke kawad 1hari?
Dan banyak lagi soalan2 yang aku rasa agak penat untuk jawab.hehe..
kat sini kira aku nak kongsi la pengalaman aku sebagai anggota SUKSIS UIAM ni.

Menjawab soalan pertama kenapa aku join SUKSIS sebenarnya aku ikut kawan.Itu yang sejujur-jujurnya. Memang aku ni agak teruk Selalu takut untuk buat sesuatu sorang2.Di samping itu, memang angan2 aku dari kecil lagi aku nak teringin sangat nak pakai uniform polis ni. Akhirnya tercapai juga. Alhamdulillah..

Yang kedua, best tak join SUKSIS? Mula2 dulu, agak tak best la sebab kena bangun awal-awal pagi (setiap sabtu dan rabu). Tapi bila dah lama rasa imun dah. even sekarang ni bila takde kawad pun akan automatik setiap pagi sabtu dan rabu tetap tak boleh tidur waktu pagi dan memang akan bangun awal. Perkembangan yang baik aku kira.

Yang ketiga, kawad 1hari memang penat!!ditambah lagi cuaca panas terik. Tapi, aku (dan kawan2 aku) fikir positif. Kalau aku tak join SUKSIS, aku tak rasa yang aku akan bangun awl2 pagi untuk pergi jogging untuk menyihatkan badan.haha..jadi,dengan aku join SUKSIS ni..dapat la aku bersenam walau seminggu sekali..Setakat kulit hitam sikit tu biasala..

Yang paling penting aku dapat kutip banyak pengalaman bila aku join SUKSIS ni..serius banyak. pengalaman jaga trafik,masuk hutan (walau tak sangat tapi tetap rasa juga) dan banyak lagi la..Lagi satu, kalau dulu aku rasa aku tak mampu nak buat benda2 lasak tapi sekarang dah nampak kemajuan..



kalau tak join SUKSIS, belum tentu aku dapat pegang senjata ni kan?


p/s: SUKSIS ialah sukarelawan siswa/siswi PDRM..







Datuk yang penyayang

Hari ini genap 3 tahun arwah atukku meninggalkan dunia yang fana ini. Pemergiannya yang sungguh mengejutkan aku. Aku masih ingat lagi kali terakhir aku berjumpa dengannya.Seperti biasa, dialah orang yang akan bersungguh-sungguh yang akan menghantar aku ke perhentian bas dan menunggu sehingga bas hilang dari pandangan matanya. Malam itu aku lihat wajahnya yang betul2 kesedihan.Aku hampir menitiskan air mata pabila menatap wajahnya. Sebelum aku naik bas, seperti lazimnya juga, dia akan menghulurkan wang. Tapi kali ini jumlahya agak banyak. aku salam dan cium tangannya. Aku juga cium kedua belah pipinya. 

2minggu kemudian, pada waktu malam, ketika itu aku sedang membuat latihan Calculus (sebab eok paper calculus), aku mendapat panggilan dari abahku.."Tok Ayah dah tak de.." sukar untuk aku terima kenyataan itu. Minda aku terus berputar mengingat kembali janji-janjiku kepadanya yang tak sempat tertunai.Namun, aku pasrah.. Al-Fatihah buat datukku..




Monday, November 2, 2009

Congratulation



Dia..
kakak yang paling sporting..
even selalu kena buli dengan adik2 dia..
Dia memang tak ambil hati pun..
rindu sangat kat U kak..
I sayang U kak..
U memang cam kakak I..


CONGRATULATION KAK WA..


dari adikmu yang nakal ini..


Monday, October 26, 2009

UKHUWWAH FILLAH



ketika mula bertemu
terasa bagai telah lama bersua
kau sambut hulur tanganku
bertegur sapa penuh mesra


masa terus berlalu
dan kita tetap seiringan berjalan
menempuh onak liku
lalui semua suka dan duka bersama


biarlah apapun rahsia
dan kelemahanmu
tetap engkau temanku


riangnya saat kita ketawa
asyik senda dan bercerita
walau sesekali pandangan kita berbeza
angannya tetap serupa
adakalanya kita juga saling terluka
namun diakhirnya kita tetap bersama


dan kini dipisahkan dua benua
saling mengejar cita
tak pernah kulupakan
detik yang indah bersamamu
TEMANKU...

Sunday, October 18, 2009

Untukmu....

Perlukah aku berjumpanya lagi setelah bertahun-tahun kami berpisah? Apa aku rasa? Tipu jika aku katakan hatiku tak terdetik langsung melihatnya. Hatiku tetap bergetar hebat. Lemah segala sendi aku bila aku menatap wajahnya.
Buat insan yang pernah hadir dalam hidupku..ketahuilah hatiku kini bukan lagi untukmu..
Buat insan yang aku cinta, ketahuilah..hatiku tak pernah berubah dan tetap tegar mencintaimu.. ingatlah..cinta kita bersatu di dalam setiap doa kita..hanya masa akan menentukan bila kita akan disatukan dalam ikatan pernikahan..insyaALLAH..redha ALLAH sentiasa bersama kita..AMIN…


Cerita Raya 2

Pagi-pagi lagi Mimi kejutkan aku. Aku bangun dan bersiap. Alangkah terkejutnya aku bila melihat tiada sarapan. Memang aku kecewa sangat. Bila aku Tanya Ma aku kenapa tiada sarapan, dengan mudahnya dia menjawab, pergi beraya. Aku memang agak marah. Aku terus bersiap dan mengajak adik-adikku pergi beraya ke rumah kawa-kawanku. Setelah hamper 30minit mencari rumah Sue, akhirnya sampai juga.
Free je aku kena marah.Sorry ya Sue, aku ni memang fail la bab-bab jalan ni. Munirah pula sampai rumah Sue dalam masa aku makan. Apalagi, kami bersembang sakan la. Banyak cerita yang kami bualkan dari zaman sekolah sampailah kehidupan kami sekarang. Munirah ajak aku ke rumah Tajul atau Joe. Aku segan pada mulanya tapi aku gagahkan juga sebab dah lama sangat tak jumap Joe. Joe, sahabat yang aku kenal kat Tusyen Yakin masa Tingkatan Empat. Joe dan Nasrullah, kawan baik merangkap kawan- kawan lelaki yang aku ada. Dengan mereka, aku bebas menjadi diri aku. Toada istilah control cun ke ayu ke what so ever.. Aku gembira menjadi kawan mereka.
Memang perutku dah kenyang sangat. Mimi pula ajak aku ke rumah kawannya. Unfair la kan asyik aku je yang nak berjalan ke rumah kawan-kawanku. So, kami berjelajah pula ke rumah kawan-kawannya. Mula-mula ke rumah Akif. Dari rumah Akif, kami berkonvoi ke rumah Amaliyana. Memandangkan hari dah lewat petang, kami terpaksa balik sebab waktu malamnya kami kena pergi open house ke rumah Mummy. Kami pulang dulu ke rumah untuk mandi dan bersiap. Setelah itu, kami terus ke rumah Mummy. Dalam perjalanannya, kami singgah ke rumah Akif untuk menghantarnya.
Sampai je rumah Mummy, tinggal kami je. Kami terus makan sambil Mummy melayan kami. Buat pertama kalinya, aku rasa selesa berada di rumah Mmmy. Abah aku call, mengajak kami ke rumah Cik Yah(kakak abah ke-5). Kami berkonvoi ke rumah Cik Yah.
Dan kami pulang ke rumah untuk tidur..zzzzz…

Cerita Raya 1

Raya tahun ini kurang meriahnya berbanding tahun-tahun yang lepas. Aku pun kurang pasti kenapa. Tapi yang pastinya aku tak gembira walaupun aku kira raya tahun ini aku bergaya dengan pakaian yang paling mahal (dalam sejarah baju raya yang aku ada), kasut pun agak mahal..boleh dikatakan semuanya mahallah. Tapi ke ‘mahal’an pakaianku belum dapat mengurangkan resah hati aku di hari raya ini.

Tahun ini juga aku tak berpeluang untuk solah hari raya. Awal-awal pagi kira-kira pukul 4 pagi, adikku sampai dan menjadi tugasku untuk menjemputnya di Wakaf Che Yeh. Saja aku suruh dia turun di situ memandangkan aku belum lagi beli keronsang dan niatku untuk membelinya di pasar itu memandangkan harga barang-barang di situ yang murah-murah.

Pulangnya di rumah, aku tak mengantuk dan aku terus menggosok pakaianku sementara masuk waktu Subuh. Selesai sahaja aku solat Subuh, aku berbaring sekejap sementara pagi untukku bersiap untuk solat raya. Memang aku terlena sehinggalah aku sedar dah dekat pukul 10 pagi.. Lantas aku mandi dan bersiap. Dalam aku mengemas rumah, ma, abah dan adik-adik aku, Fiza dan Shahmi pulang dari solat hari raya. Mereka semua kekenyangan. Tinggallah aku dan adik aku Mimi yang baru bangun tidur dan semestinya kelaparan.

Kami pergi beraya ke rumah jiran kami yang pertama, iaitu rumah Tuan Rumah tempat keluargaku menyewa. Kiranya rumah wajib yang tak pernah “miss” tiap-tiap kali raya. Jelas kesunyian begitu terasa disebabkan pemergian Ayah Tok (panggilan untuk tuan rumah) dan kepulangan Chek(isterinya) ke Jitra, Kedah. Selesai menjamu selera, kami terus ke rumah yang kedua iaitu jiran di sebelah kanan. Antara rumah yang wajib kami kunjungi.

Kira-kira dalam pukul 11.30 pagi, kami berangkat ke kampong ma aku di Kg. Kebakat, Wakaf Bharu. Aku, Mimi dan Fiza naik kereta Iswara manakala Ma, Abah dan Shahmi menaiki kereta Citra abahku. Kiranya raya kali ini abah aku beri lessen besar untuk kami pergi beraya ke mana sahaja yang kami mahu.

Sampai sahaja di rumah nenekku, semuanya sedang bersedia untuk ke rumah moyangku yang tak berapa jauh dari rumah nenek. Kami sempat naik ke rumah dan bersalaman dengan nenek serta saudara-mara yang ada. Kami terus menuju ke rumah moyangku. Agak lama kami di sana. Selesai sahaja solat Zohor, aku mula berasa bosan. Aku lihat Mimi lena di depan TV. Aku pun tumpang sekaki. Baru sahaja aku nak lelapkan mata, Mimi dah terjaga dan mengajakku pergi beraya ke rumah kawannya. Aku pun bangun bersiap.

Alangkah kecewanya Mimi bila panggilannya tak berjawab. Kami terus buat keputusan untuk pergi beraya ke rumah saudara-mara kami bermula ke rumah Cik Ngah(kakak abah ke-3) di Machang. Sampai ke rumah Cik Ngah, ku lihat Mummy dan keluarganya ada sama. Sampai ke petang aku duduk sana menanti kedatangan Ma dan Abahku. Kami ambil keputusan untuk balik rumah dan di perjalanan balik, kami singgah rumah Mek(kakak ke-4 abah aku) dan Mama (kakak sulung abah aku). Di rumah mereka pun aku menunggu Ma dan Abah. Akhirnya, kami balik.

Itu Hari Raya Pertama ku..

Wednesday, September 30, 2009

Masalah??

Dah banyak aku tulis entry tapi belum berkesempatan untuk aku post dalam blog aku ni..biasalah..bila aku dah kat rumah, banyak kerja yang perlu aku dahulukan..jadi, pada malamnya, aku akan keletihan dan aku akan tidur (ditemani novel-novel kesayanganku). Kiranya, aku tak sempat dah nak surf internet..
Jadi, bila dah ada masa ni aku post je cerita yang pending ni..

Terkejut..Terkejut..

Alhamdulillah..
Aku selamat sampai rumah pagi ahad, 13 September jam 0600am.
Buat pertama kalinya aku bersahur di hentian merapoh. Pada mulanya, aku cuma bersahur dengan snickers dan air mineral yang aku bawa.. Memang itu pun dah cukup untuk aku bertahan. Tapi disebabkan aku terliur bila tengok sorang makcik ni makan kuehtiow sup, aku pun turun sama untuk makan.
Tapi alangkah terkejutnya aku bila time nak bayar..harga semangkuk mee sup tu rm5!.mahalnya!!! dengan rasanya yang tawar, lauk pun tak banyak..memang tak berbaloi la harga mee sup tu.
Tapi apakan daya..terpaksa la aku habiskan..mahal beb..takkan nak membazir pula kan..selagi boleh telan aku telan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pagi tu pula, aku ikut ma ke Bandar KB..Ma nak tukar baju raya dia dan adik aku fiza. Sekali lagi aku terkejut.Bandar KB berubah sakan!!aku memang tak kenal la. Jalan dah semakin luas. Ada pulak KBTC..ingat PWTC je ke yang wujud?? KBTC pun ada tau..Kota Bharu Trade Centre. Ada Parkson N pasaraya Giant..aku tak berpeluang lagi menjelajah dalm KBTC tu..
Petangnya pula, aku ikut ma n abah pg ambil adik aku fiza kat stesen keretapi Wakaf Bharu..setiap hari adik aku ni berulang je dari sekolah dia kat Tanah Merah tu.. Lepas ambil adik aku, kami terus ke rumah nenek.. hantar barang2 untuk persiapan majlis perkahwinan pak su aku..banyak juga la yang perlu diubah suai..
Aku pulang semula ke rumah untuk berbuka puasa. Sebenarnya kalau diikutkan berbuka je la kat rumah nenek aku tu kan?? Aku pun tak tahu kenapa..kami tak rapat. Datuk belah ma aku ni tak mesra n penyayang cam arwah tok ayah belah abah aku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Malamnya..aku sempat berterawih di perkarangan stadium. Indahnya dan tenangnya hati(walaupun aku agak mengantuk masa tu). Ramai sangat umat Islam yang bersama-sama berterawih di situ.