Thursday, December 31, 2009
Utuhnya Tali Persahabatan
Posted by ezannurhafiz at Thursday, December 31, 2009 7 comments
Labels: perjalanan hidup
Friday, December 25, 2009
Tahniah
Posted by ezannurhafiz at Friday, December 25, 2009 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
Takziah
Posted by ezannurhafiz at Tuesday, December 22, 2009 0 comments
Monday, November 23, 2009
Cuti
Aku sekarang dah pun ada kat rumah. Seperti yang semua maklum,hujan turun dengan lebat sekarang ni. Sejak dari aku sampai sini sehinggalah ke detik ini, hujan turun tak henti2.. Alhamdulillah, di Kota Bharu keadaan masih lagi terkawal. Aku sempat meninjau keadaan Sungai Kelantan ( kebetulan aku ke Tesco), memang air dah pun naik sampai ke tebing sungai.Air mengalir dengan laju. Ya Allah!sungguh ngeri bila aku tengok dan aku terbayangkan orang hanyut dibawa arus. Na'uzubillah..
Posted by ezannurhafiz at Monday, November 23, 2009 0 comments
Monday, November 16, 2009
Akhirnya..
Hari ni juga aku basuh segala cadar, blanket dan towel aku. Takkan la aku nak angkut bawak balik jgk kan..Memang akan patah dua la bahu aku nanti.Hehe..Kalau tak sempat kering camane??Nak2 sekarang ni musim hujan. Suka-suki je hujan nak turun. Sekarang ni pun mendung je..Aku ada solution..Mestilah roommate merangkap sahabat baik aku Zimah yang akan jadi mangsa aku untuk angkat segala harta aku di ampaian kan..Macam tak biasa kan zimah???hehe...
Posted by ezannurhafiz at Monday, November 16, 2009 1 comments
Monday, November 9, 2009
Kenangan Musim Hujan
Posted by ezannurhafiz at Monday, November 09, 2009 2 comments
Friday, November 6, 2009
Bila Musim Exam
Posted by ezannurhafiz at Friday, November 06, 2009 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
Selamat Hari Lahir
Posted by ezannurhafiz at Wednesday, November 04, 2009 0 comments
Tuesday, November 3, 2009
Kenapa Join SUKSIS
- Kenapa join SUKSIS?
- Best ke SUKSIS ni?
- Tak penat ke kawad 1hari?
kat sini kira aku nak kongsi la pengalaman aku sebagai anggota SUKSIS UIAM ni.
Posted by ezannurhafiz at Tuesday, November 03, 2009 0 comments
Datuk yang penyayang
Posted by ezannurhafiz at Tuesday, November 03, 2009 0 comments
Monday, November 2, 2009
Congratulation
Posted by ezannurhafiz at Monday, November 02, 2009 1 comments
Monday, October 26, 2009
UKHUWWAH FILLAH
Posted by ezannurhafiz at Monday, October 26, 2009 0 comments
Sunday, October 18, 2009
Untukmu....
Buat insan yang pernah hadir dalam hidupku..ketahuilah hatiku kini bukan lagi untukmu..
Buat insan yang aku cinta, ketahuilah..hatiku tak pernah berubah dan tetap tegar mencintaimu.. ingatlah..cinta kita bersatu di dalam setiap doa kita..hanya masa akan menentukan bila kita akan disatukan dalam ikatan pernikahan..insyaALLAH..redha ALLAH sentiasa bersama kita..AMIN…
Posted by ezannurhafiz at Sunday, October 18, 2009 0 comments
Cerita Raya 2
Pagi-pagi lagi Mimi kejutkan aku. Aku bangun dan bersiap. Alangkah terkejutnya aku bila melihat tiada sarapan. Memang aku kecewa sangat. Bila aku Tanya Ma aku kenapa tiada sarapan, dengan mudahnya dia menjawab, pergi beraya. Aku memang agak marah. Aku terus bersiap dan mengajak adik-adikku pergi beraya ke rumah kawa-kawanku. Setelah hamper 30minit mencari rumah Sue, akhirnya sampai juga.
Free je aku kena marah.Sorry ya Sue, aku ni memang fail la bab-bab jalan ni. Munirah pula sampai rumah Sue dalam masa aku makan. Apalagi, kami bersembang sakan la. Banyak cerita yang kami bualkan dari zaman sekolah sampailah kehidupan kami sekarang. Munirah ajak aku ke rumah Tajul atau Joe. Aku segan pada mulanya tapi aku gagahkan juga sebab dah lama sangat tak jumap Joe. Joe, sahabat yang aku kenal kat Tusyen Yakin masa Tingkatan Empat. Joe dan Nasrullah, kawan baik merangkap kawan- kawan lelaki yang aku ada. Dengan mereka, aku bebas menjadi diri aku. Toada istilah control cun ke ayu ke what so ever.. Aku gembira menjadi kawan mereka.
Memang perutku dah kenyang sangat. Mimi pula ajak aku ke rumah kawannya. Unfair la kan asyik aku je yang nak berjalan ke rumah kawan-kawanku. So, kami berjelajah pula ke rumah kawan-kawannya. Mula-mula ke rumah Akif. Dari rumah Akif, kami berkonvoi ke rumah Amaliyana. Memandangkan hari dah lewat petang, kami terpaksa balik sebab waktu malamnya kami kena pergi open house ke rumah Mummy. Kami pulang dulu ke rumah untuk mandi dan bersiap. Setelah itu, kami terus ke rumah Mummy. Dalam perjalanannya, kami singgah ke rumah Akif untuk menghantarnya.
Sampai je rumah Mummy, tinggal kami je. Kami terus makan sambil Mummy melayan kami. Buat pertama kalinya, aku rasa selesa berada di rumah Mmmy. Abah aku call, mengajak kami ke rumah Cik Yah(kakak abah ke-5). Kami berkonvoi ke rumah Cik Yah.
Dan kami pulang ke rumah untuk tidur..zzzzz…
Posted by ezannurhafiz at Sunday, October 18, 2009 0 comments
Cerita Raya 1
Raya tahun ini kurang meriahnya berbanding tahun-tahun yang lepas. Aku pun kurang pasti kenapa. Tapi yang pastinya aku tak gembira walaupun aku kira raya tahun ini aku bergaya dengan pakaian yang paling mahal (dalam sejarah baju raya yang aku ada), kasut pun agak mahal..boleh dikatakan semuanya mahallah. Tapi ke ‘mahal’an pakaianku belum dapat mengurangkan resah hati aku di hari raya ini.
Tahun ini juga aku tak berpeluang untuk solah hari raya. Awal-awal pagi kira-kira pukul 4 pagi, adikku sampai dan menjadi tugasku untuk menjemputnya di Wakaf Che Yeh. Saja aku suruh dia turun di situ memandangkan aku belum lagi beli keronsang dan niatku untuk membelinya di pasar itu memandangkan harga barang-barang di situ yang murah-murah.
Pulangnya di rumah, aku tak mengantuk dan aku terus menggosok pakaianku sementara masuk waktu Subuh. Selesai sahaja aku solat Subuh, aku berbaring sekejap sementara pagi untukku bersiap untuk solat raya. Memang aku terlena sehinggalah aku sedar dah dekat pukul 10 pagi.. Lantas aku mandi dan bersiap. Dalam aku mengemas rumah, ma, abah dan adik-adik aku, Fiza dan Shahmi pulang dari solat hari raya. Mereka semua kekenyangan. Tinggallah aku dan adik aku Mimi yang baru bangun tidur dan semestinya kelaparan.
Kami pergi beraya ke rumah jiran kami yang pertama, iaitu rumah Tuan Rumah tempat keluargaku menyewa. Kiranya rumah wajib yang tak pernah “miss” tiap-tiap kali raya. Jelas kesunyian begitu terasa disebabkan pemergian Ayah Tok (panggilan untuk tuan rumah) dan kepulangan Chek(isterinya) ke Jitra, Kedah. Selesai menjamu selera, kami terus ke rumah yang kedua iaitu jiran di sebelah kanan. Antara rumah yang wajib kami kunjungi.
Kira-kira dalam pukul 11.30 pagi, kami berangkat ke kampong ma aku di Kg. Kebakat, Wakaf Bharu. Aku, Mimi dan Fiza naik kereta Iswara manakala Ma, Abah dan Shahmi menaiki kereta Citra abahku. Kiranya raya kali ini abah aku beri lessen besar untuk kami pergi beraya ke mana sahaja yang kami mahu.
Sampai sahaja di rumah nenekku, semuanya sedang bersedia untuk ke rumah moyangku yang tak berapa jauh dari rumah nenek. Kami sempat naik ke rumah dan bersalaman dengan nenek serta saudara-mara yang ada. Kami terus menuju ke rumah moyangku. Agak lama kami di sana. Selesai sahaja solat Zohor, aku mula berasa bosan. Aku lihat Mimi lena di depan TV. Aku pun tumpang sekaki. Baru sahaja aku nak lelapkan mata, Mimi dah terjaga dan mengajakku pergi beraya ke rumah kawannya. Aku pun bangun bersiap.
Alangkah kecewanya Mimi bila panggilannya tak berjawab. Kami terus buat keputusan untuk pergi beraya ke rumah saudara-mara kami bermula ke rumah Cik Ngah(kakak abah ke-3) di Machang. Sampai ke rumah Cik Ngah, ku lihat Mummy dan keluarganya ada sama. Sampai ke petang aku duduk sana menanti kedatangan Ma dan Abahku. Kami ambil keputusan untuk balik rumah dan di perjalanan balik, kami singgah rumah Mek(kakak ke-4 abah aku) dan Mama (kakak sulung abah aku). Di rumah mereka pun aku menunggu Ma dan Abah. Akhirnya, kami balik.
Itu Hari Raya Pertama ku..
Posted by ezannurhafiz at Sunday, October 18, 2009 0 comments
Wednesday, September 30, 2009
Masalah??
Dah banyak aku tulis entry tapi belum berkesempatan untuk aku post dalam blog aku ni..biasalah..bila aku dah kat rumah, banyak kerja yang perlu aku dahulukan..jadi, pada malamnya, aku akan keletihan dan aku akan tidur (ditemani novel-novel kesayanganku). Kiranya, aku tak sempat dah nak surf internet..
Jadi, bila dah ada masa ni aku post je cerita yang pending ni..
Posted by ezannurhafiz at Wednesday, September 30, 2009 0 comments
Terkejut..Terkejut..
Aku selamat sampai rumah pagi ahad, 13 September jam 0600am.
Buat pertama kalinya aku bersahur di hentian merapoh. Pada mulanya, aku cuma bersahur dengan snickers dan air mineral yang aku bawa.. Memang itu pun dah cukup untuk aku bertahan. Tapi disebabkan aku terliur bila tengok sorang makcik ni makan kuehtiow sup, aku pun turun sama untuk makan.
Tapi alangkah terkejutnya aku bila time nak bayar..harga semangkuk mee sup tu rm5!.mahalnya!!! dengan rasanya yang tawar, lauk pun tak banyak..memang tak berbaloi la harga mee sup tu.
Tapi apakan daya..terpaksa la aku habiskan..mahal beb..takkan nak membazir pula kan..selagi boleh telan aku telan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pagi tu pula, aku ikut ma ke Bandar KB..Ma nak tukar baju raya dia dan adik aku fiza. Sekali lagi aku terkejut.Bandar KB berubah sakan!!aku memang tak kenal la. Jalan dah semakin luas. Ada pulak KBTC..ingat PWTC je ke yang wujud?? KBTC pun ada tau..Kota Bharu Trade Centre. Ada Parkson N pasaraya Giant..aku tak berpeluang lagi menjelajah dalm KBTC tu..
Petangnya pula, aku ikut ma n abah pg ambil adik aku fiza kat stesen keretapi Wakaf Bharu..setiap hari adik aku ni berulang je dari sekolah dia kat Tanah Merah tu.. Lepas ambil adik aku, kami terus ke rumah nenek.. hantar barang2 untuk persiapan majlis perkahwinan pak su aku..banyak juga la yang perlu diubah suai..
Aku pulang semula ke rumah untuk berbuka puasa. Sebenarnya kalau diikutkan berbuka je la kat rumah nenek aku tu kan?? Aku pun tak tahu kenapa..kami tak rapat. Datuk belah ma aku ni tak mesra n penyayang cam arwah tok ayah belah abah aku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Malamnya..aku sempat berterawih di perkarangan stadium. Indahnya dan tenangnya hati(walaupun aku agak mengantuk masa tu). Ramai sangat umat Islam yang bersama-sama berterawih di situ.
Posted by ezannurhafiz at Wednesday, September 30, 2009 0 comments
Labels: perjalanan hidup
Thursday, September 3, 2009
SALAM RAMADHAN
Salam Ramadhan untuk semua!!
Walaupun agak lambat aku kira untuk ucapkan..
Ramadhan kali ini agak mencabar aku dari segi mental. Fizikal kurang la..tapi mental,emosi..semuanya bercampur dan menjadi satu rasa yang sukar untuk diterjemahkan..Apapun Ramadhan yang datang tidak aku persiakan...
Posted by ezannurhafiz at Thursday, September 03, 2009 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
Sunday, August 9, 2009
NOVEL BULAN JULAI..
29hb Julai hingga 2hb Ogos, MPH mengadakan jualan murah. Itulah novel-novel yang sempat aku borong. dan semuanya telah habis dibaca..
Posted by ezannurhafiz at Sunday, August 09, 2009 0 comments
Labels: koleksi
HAPPY BIRTHDAY..
Seperti aku yang “kena” masa malam birthday aku dulu, nasib yang sama buat Farhah dan Haizum. Lagi “zalim” la aku kira. Siap dengan tepung lagi. Nasib baik telur dan air dibatalkan saat-saat akhir disebabkan melihat Haizum (my roommate) dah bersiap pakai tudung putih. Tak sampai hati la pulak kan nak kotorkan tudung dia. Tapi tak pe. Asal surprise ni menjadi, ok la tu.(trademark Saida AF6).
Bermula jam 8malam, seperti yang dijanjikan kami semua keluar makan malam(pada mula hanya muslihat). Masa tu siap bawa beg besar( untuk letak kek) dan aku bungkus aiskrim tebal-tebal dengan suratkhabar.(kononnya barang nak beri kepada kawan).
Sementara menunggu pesanan tiba, aku dan syikin ke kedai runcit sebelah kedai makan untuk beli tepung. Bahagikan terus kepada 3 plastik.(aku,zimah dan syikin). Sebaik tiba di kedai makan, makanan sampai dan kami pun memulakan acara potong kek dan makan aiskrim. Kemudian, barulah kami makan. Makan malam kami malam tu Nasi putih( semestinya), Tomyam Campur, Telur Dadar, Ayam masak 3 rasa dan kangkung goreng belacan.(sebab Haizum tak makan Kailan Ikan Masin. Rugi la Haizum..sedap tau..)
Sebaik turun dari kereta, terus kami kepung Haizum dan Farhah. DAN…..tengoklah apa yang jadi pada muka mereka.Haha..aku pun kena juga. Habis memutih depan bilik aku. Nasib baik kak cleaner tu tak bising.hehe…
Apapun yang telah kami buat, harapnya Haizum dan Farhah, jangan ambil hati tau..nak suka-suka je. Buat upcoming birthday lady, Syikin dan Zimah, tunggu…baik punya nanti. Kan farha? Haizum?fikir siap-siap macam mana nak kenakan budak-budak cukup umur ni.haha..
Posted by ezannurhafiz at Sunday, August 09, 2009 0 comments
Labels: aktiviti
HIKMAH YANG TERSEMBUNYI
“Aku dapat Matrik Changlun, Kedah.”
“Aku dapat Matrik Pahang.”
“Ateh dapat Matrik Penang.”
“Aku dapat Matrik Melaka.”
Dengan wajah ceria sahabat-sahabatku memberitahuku. Tp aku? Matrik mana? Semua aku tak dapat. Tinggallah aku keseorangan. Sahabat-sahabatku dah pun mula melangkah ke Pusat Matrikulasi masing-masing. Pada mulanya aku putus asa namun masih ada lagi insan-insan yang sentiasa ada disisi,belakang dan tepiku terus memberikan semangat tanpa henti. Entah berapa banyak surat rayuan yang aku hantar, semuanya hampa.
2 minggu kemudian…
Ring!Ring!
Ma angkat telefon. “ Sebentar ya, cakap dengan anak saya.” Ma panggil aku. Ketika itu aku sedang mengukur kelapa untuk pelanggan kedaiku.
“ Hello Assalamualaikum..” aku memulakan kata.
“ Waalaikumussalam. Nor Hafizan ye?”
Aku mengiyakan.
“Saya wakil dari UIA. Sebenarya saudari dapat melanjutkan ke Matrikulasi UIAM dalam jurusan kejuruteraan. Saudari terima atau tak?”
“ Tapi saya tak dapat pun surat tawaran” kataku.
“ Ye saya tahu. Itu sebabnya saya telefon saudari. Saudari dikehendaki dating ke UIA Petaling Jaya esok (Isnin) untuk mengambil surat tawaran. Sesi pendaftaran pula pada hari Selasa.”
Aku terus diam. Tak percaya dengan apa yang aku dengar. Betul ke ni? Aku dapat UIA?Engineering? tu pilihan ke-7 aku. Tanpa ku sedar air mata menitis ke pipiku. Ya ALLAH! Syukur padaMU.
Terus ku khabarkan berita gembira itu kepada ahli keluargaku. Ma, Abah, arwah datukku dan Cik Nab tersenyum kegembiraan. Dan Ma menitiskan air mata. Ye! air mata kegembiraan aku pasti..Dan detik itu baru ku faham apakah maksudnya “Biarkan ibumu menangis kerana kejayaanmu..”
Posted by ezannurhafiz at Sunday, August 09, 2009 0 comments
Thursday, August 6, 2009
BUANG MASA
Assignment MOM..Assignment CALCULUS..Assignment apa lagi...terlalu banyak tugasan yang perlu aku siapkan dan aku??..hanya berdiam diri tanpa ada inisiatif untuk siapkan assignment yang menimbun..
what's wrong with myself???
Posted by ezannurhafiz at Thursday, August 06, 2009 0 comments
Labels: perjalanan hidup
Thursday, July 23, 2009
RINTIHAN CINTA
Posted by ezannurhafiz at Thursday, July 23, 2009 0 comments
Labels: cinta dan kasih sayang
Thursday, July 16, 2009
semester baru bermula
Seperti biasa setiap kali semester baru buka, semua pelajar akan ke sana ke mari untuk add subject, drop n etc..dan seperti biasa GPCL(General Purpose Computer Lab) akan penuh dengan pelajar2 especially pelajar baru la kan..aku pun tak terkecuali..aku ingatkan bila dah settle add subject masa kat rumah hari tu semuanya selesai..Sebenarnya TIDAK..jadual yang ku susun baik punya....kena ubah..so sekarang, dengan jadual yang terpaksa ku ubah disebabkan lecturer yang mengajar pun berubah..n kelas yang sentiasa batal..aku pun tak tahu apa yang aku rasa sekarang..MALAS mungkin..haha..teruk aku kan...
Tapi, walau apa pun yang berlaku..perjuangan harus ku teruskan...pray for me...
Posted by ezannurhafiz at Thursday, July 16, 2009 0 comments
Labels: perjalanan hidup
Thursday, July 9, 2009
KEMAAFAN
"Selamat hari raya..MAAF ZAHIR BATIN" Selalu kita dengar dan ungkapkan kata-kata ini apabila tibanya hari raya. Apakah permohonan maaf itu suatu permohonan, atau sekadar kalam tanpa makna yang terlafaz sebagai adat? Luruskah hati antara dua insan yang meminta dan memberi maaf itu, andai ungkapan yang diucap, kosong dari makna dan penghayatan? Bisakah ucapan yang gersang itu meraih keampunan yang dijanjikan Dia?
"Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah.” [Riwayat Abu Dawood]
Pernah satu ketika dahulu ketika masih di bangku sekolah, setiap kali adanya tamrin atau kem ibadah, tibanya malam "roll call", setiap orang dikehendaki pejam mata dan muhasabah diri. Antara kata-kata yang masuk di gegendang telinga adalah "cuba kalian kenang kembali kesalahan kalian kepada kedua ibu bapa kalian..cuba kalian bayangkan berapa banyak dosa kalian kepada mereka..pernahkah sekali kalian mengucapkan maaf kepada mereka..andai mereka tiada lagi di dunia ini,bila masanya kalian akan memohon maaf...marilah kita sama-sama muhasabah diri..cuba maafkan setiap kesalahan orang lain kepada kalian.."
Mengapa kita sukar memaafkan orang??
Posted by ezannurhafiz at Thursday, July 09, 2009 0 comments
Tuesday, July 7, 2009
LAYAN...
Andai Itu Takdirnya...5 bintang aku kasi..memang menyentuh perasaan aku..Penulis juga banyak idea yang berjaya dikembangkan dengan baik.Tahniah buat penulis..
Posted by ezannurhafiz at Tuesday, July 07, 2009 0 comments
Labels: koleksi
Friday, July 3, 2009
SABARLAH DUHAI HATI
Hati melonjak kegembiraan apabila mengenangkan cuti semester yang akan bermula.Dalam benak fikiranku terbayang kampung halamanku..rumahku,keluargaku..semuanya tersenyum menanti kepulanganku..
sabarlah duhai hati..
namun..hampa ku rasa pabila kakiku melangkah ke dalam rumah yang kuanggap syurga.Ketenangan yang kuimpikan hancur berkecai..
sabarlah duhai hati..
Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan walaupun kadang kala terselit juga penyesalan pulang ke kampung halaman.Leteran demi leteran kedengaran seperti suara unggas berkicau di pagi hari..kata-kata kesat makanan telinga hampir setiap hari..
sabarlah duhai hati..
Posted by ezannurhafiz at Friday, July 03, 2009 0 comments
Saturday, May 23, 2009
JANGAN.....
Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan.
Tetapi,itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat
24 perkara yang jangan dilakukan.Seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat
memuhasabah diri sendiri:
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis
dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya
merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan
mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti
makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja
kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih
sayang orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan
syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika
masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika
memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan
kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan
dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t
dan yg. buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam
Posted by ezannurhafiz at Saturday, May 23, 2009 0 comments
Friday, April 17, 2009
tEaM bUiLdInG 2..
Hai..ok..aku nak sambung lagi citer Team Building yang belum habis. Bermula hari ke-2 kami dengan senaman pagi (Malaysia Cergas). Pagi tu, macam-macam yang kami buat dari Chicken Dance sampailah poco2. Berapa banyak poco2 yang kimi belajar pagi tu..yang paling best bagi aku poco2 Thailand..aku suka sangat poco2 tu..
Selepas sarapan pagi dan tukar pakaian formal, kami diminta berhimpun di dewan terbuka untuk "talk session".Part yang paling bosan aku kira.haha..tapi jangkaanku meleset. Penceramah yang dijemput(ASP DR NOOR AZLAN) memang best..memanglah mengantuk jugak kan sebab malam tadi tu aku kena jadi “centry”..tapi sedikit sebanyak masuk jugak la kata-kata dari Tuan Azlan tu..
Pada waktu petang, acara yang dinanti-nantikan iaitu jungle trekking..yang paling best aku kira..antara gambar2 yang sempat diambil.
Demikianlah perjalanan jungle trekking kami. Mengikut trainer yang lead kami, mereka kasi kami semua 4 bintang dari 5 bintang. kira ok la tu kan..
Pada malamnya pula, kami dikehendaki membuat persembahan..tak kira la berlakon ke ape ke..group aku buat pentomim..tapi kami tak menang pun..tak kesah la..apa yang penting…kerjasama..
Last day
Tibalah hari yang yang terakhir kami di Rock Resort. Aku memang berkobar-kobar nak balik walaupun sedih. Tetapi disebabkan masa tu perut aku dah buat hal jadi aku rasa aku nak sampai UIA secepat mungkin.
Biasalah, bila kata majlis penutup,mestilah ada ucapan penutup dan penyampaian hadiah. Tapi kat bawah ni aku Cuma letakkan gambar2 yang diambil selepas majlis penutup which are bersalam-salaman dengan semua ahli dan tak lupa gambar group aku..ALPHA TEAM….apa yang penting…kerjasama..
Buat kawan2 sekalian..aku harapkan ukhuwwah kita yang terjalin ini berkekalan buat selamanya..
“Disini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya”
“selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Bersyukur kini padaMU ILAHI
Teman yang dicari
Selama ini
Telah ku temui
Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni kasih ILAHI
KepadaMU ALLAH
Ku panjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman
Kupohon sokongan
pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan segala-galanya
Teman
Bersamalah kita semaikan persahabatan ini
Dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan
kepadaMU ALLAH
ku pohon restu
agar kita kekal bersatu
kepadamu teman
teruskan perjuangan
pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan segala-galanya
itulah tandanya kejujuran kita”
Posted by ezannurhafiz at Friday, April 17, 2009 0 comments