Tuesday, January 17, 2012

Novel-Novelku

Assalamualaikum w.b.t...
Agak lama blog ni tak berjengah..tuannya ada tapi entah la..dalam fikiran ni banyak nak diluahkan tetapi jari-jemari ni seakan naik kematu pula..keras nak menekan keyboard ni... Tapi kali ni ku gagahkan jua jari-jemari ni menekan keyboard..Ada sesuatu yang agak lama aku nak kongsikan bersama kawan-kawan sekalian..
Sanggup berlapar semata-mata kerana novel. Itulah aku. Aku banyak menghabiskan duit untuk novel seolah-olah novel itu satu supplement yang harus aku ambil setiap hari untuk merehatkan mindaku. Dan aku pernah dikemukakan soalan oleh kawan-kawanku, Kenapa aku suka baca novel? Inche B aku pun pernah tanya aku soalan ni...Aku pun sebenarnya takde jawapan khusus untuk itu.Mungkin kerana aku dibesarkan dengan suasana buku. Makcikku suka belikan aku buku as well as Abah aku masa tu bekerja sebagai pembantu am di perpustakaan negeri menyebabkan setiap hari ada je buku yang dibawa pulang untuk aku.
Sewaktu sekolah menengah pula, aku menyimpan duit sekolah untuk beli novel tapi tak kerap sangat aku membeli novel. Aku lebih banyak meminjam dengan kawan-kawanku yang ada novel. Bila melangkah kaki ke Pusat Matrikulasi, aku mula membeli novel. Tambahan lagi, Inche B aku melabur untukku beli novel. Alhamdulillah...Sayang sangat la kat awak Inche B..Novel pertama yang aku beli dengan 'nafkah' Inche B ialah Semusim Rindu, karya Aleya Aneesa dan Kau Sayangku, karya Bikash Nur Idris. Kedua-dua novel ternyata buatku rasa gembira dan begitu teruja untuk membeli novel. Dan, amat menyedihkan bila novel Kau Sayangku ini hilang sewaktu dalam jagaan kawan. Kelu lidahku. Inginku marah tapi aku tak sampai hati. Kalau tak diluahkan, ianya seakan memakan diri..Hmmm....


Suatu hari minggu ketika aku bersantai di rumah makcikku di Putrajaya, rakan sebilikku Ayu sms aku memberitahu dia baru habis baca novel Kasih Antara Kita, karya Aleya Aneesa. Dia memaksaku untuk membeli novel tersebut. Dan aku pula, disebabkan rumah makcikku dekat sangat2 dengan Alamanda Putrajaya, maka aku berjalan kaki untuk mencari novel tersebut. Dan, setiap langkah kakiku berbaloi kerana aku amat sukakan novel itu.


Dan, ketika itu nama Aleya Aneesa sentiasa bermain dibibirku. Sewaktu aku menyusun kembali novel-novelku, baru ku tersedar bahawa aku sebenarnya sudah mempunyai 2 buah novel hasil tulisan beliau. Dan, tekadku ketika itu, aku akan buat koleksi setiap novelnya itu..Dan selepas itu, setiap kali aku nampak je novelnya, aku akan beli. Namun, novelku ini juga hilang dalam jagaan orang. Apalgi yang harus aku katakan???
Tak berapa lama kemuadian, aku beli lagi novelnya yang ke-4 iaitu Segalanya Untukmu,dan ketika itu aku baru sedar kewujudan blog beliau (sini). Sejak itu, aku cuba untuk membaca setiap entry beliau dan cuba untuk berhubung dengannya. Alhamdulillah, sampai sekarang, kami masih lagi berhubung dengan adanya Facebook dan membawa ke pertemuan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Novel Segalanya Untukmu sebenarnya amat dekat denganku. Namun, takdir jua yang menentukan novel itu memang akan jauh dariku kerana hilang ketika beg pakaianku dicuri ketika pulang ke kampung halaman.





Itulah sedikit kisahku bersama novel-novelku terutama karya Aleya Aneesa ini..Aku harap sangat kawan-kawan yang pernah nak pinjam novel tapi aku tak kasi, aku harap korang faham kenapa aku jadi kedekut ye...

p/s: Buat kak Aleya, teruskan berkarya ya...Ezan harap sangat Cinta Buat Emelda adaptasi dari Kasih Antara Kita  tak mengecewakan. Tahniah kak Aleya..


4 comments:

effysyazwani & adinashamiza said...

ezan..lama x dengar cter kan..hehe..masing2 bz skrg...miss u la pulak..n3 ni asal efy rsa cm sedih je eyh...:)

-AlEyA aNeEsA/ mArWaTi WaHaB- said...

Cik adik manis, terima kasih sangat sb n3 ni buat akak rasa terharu dan dihargai, ;-)

-AlEyA aNeEsA/ mArWaTi WaHaB- said...

Effy pun, jgn sedih. Lepas hujan, kalaupun pelangi tak muncul, matahari selalu ada.

ezannurhafiz said...

kak aleya: teruskan berkarya ya kak...

effy: miss u too..