Pernah aku katakan di entry sebelum ni tentang kehilangan novel Segalanya Untukmu. Alhamdulillah...akhirnya aku berjaya dapatkannya....
Posted by ezannurhafiz at Friday, April 20, 2012 0 comments
Labels: aku dan novel
Assalamualaikum w.b.t...
Agak lama blog ni tak berjengah..tuannya ada tapi entah la..dalam fikiran ni banyak nak diluahkan tetapi jari-jemari ni seakan naik kematu pula..keras nak menekan keyboard ni... Tapi kali ni ku gagahkan jua jari-jemari ni menekan keyboard..Ada sesuatu yang agak lama aku nak kongsikan bersama kawan-kawan sekalian..
Sanggup berlapar semata-mata kerana novel. Itulah aku. Aku banyak menghabiskan duit untuk novel seolah-olah novel itu satu supplement yang harus aku ambil setiap hari untuk merehatkan mindaku. Dan aku pernah dikemukakan soalan oleh kawan-kawanku, Kenapa aku suka baca novel? Inche B aku pun pernah tanya aku soalan ni...Aku pun sebenarnya takde jawapan khusus untuk itu.Mungkin kerana aku dibesarkan dengan suasana buku. Makcikku suka belikan aku buku as well as Abah aku masa tu bekerja sebagai pembantu am di perpustakaan negeri menyebabkan setiap hari ada je buku yang dibawa pulang untuk aku.
Sewaktu sekolah menengah pula, aku menyimpan duit sekolah untuk beli novel tapi tak kerap sangat aku membeli novel. Aku lebih banyak meminjam dengan kawan-kawanku yang ada novel. Bila melangkah kaki ke Pusat Matrikulasi, aku mula membeli novel. Tambahan lagi, Inche B aku melabur untukku beli novel. Alhamdulillah...Sayang sangat la kat awak Inche B..Novel pertama yang aku beli dengan 'nafkah' Inche B ialah Semusim Rindu, karya Aleya Aneesa dan Kau Sayangku, karya Bikash Nur Idris. Kedua-dua novel ternyata buatku rasa gembira dan begitu teruja untuk membeli novel. Dan, amat menyedihkan bila novel Kau Sayangku ini hilang sewaktu dalam jagaan kawan. Kelu lidahku. Inginku marah tapi aku tak sampai hati. Kalau tak diluahkan, ianya seakan memakan diri..Hmmm....
Posted by ezannurhafiz at Tuesday, January 17, 2012 4 comments
Labels: aku dan novel