Friday, October 8, 2010

Cerita Raya 2010


Baiklah..saya nak sambung cerita raya yang dah agak basi ni..Tahun ni boleh dikatakan raya yang paling tak meriah. Sebab pe??? Entah la..agak susah untuk saya luahkan kepada kawan2 semua..Anyway..raya tetap raya..kena la sambut macam raya macam hari raya kan…
Entah mengapa tahun ini memana saya rasa agak hambar sambutan hari raya..dengan rutin tahunan yang bertukar..makanya semuanya jadi kucar-kacir. Namun nasib baik jalan raya belum lagi memasuki fasa sesak. Kalau tak, jenuh la nak makan jem hari-hari kan..
Pagi raya selepas solat raya, buat pertama kalinya saya,my ma dan adik-adik menuju ke rumah jiran yang agak jauh dari rumah. Jika tahun sebelum ni kami tak pernah sampai ke rumahnya. Tapi tahun ni kami sampai di rumahnya manakala jiran lagi seorang yang setiap tahun kami tak pernah miss ke rumah beliau bagaimanapun tahun ni rumahnya tertutup.. kenapa?saya pun kurang pasti..
Setelah selesai beraya bersama jiran tetangga, my abah buat keputusan untuk beraya ke rumah adik-beradiknya terlebih dahulu..Pada mulanya kami nak protes tapi orang kata tak elok kan bermasam muka di pagi raya..maka kami ikutkan aje..Makanya, saya,my ma dan adik-adik menuju ke Melor, iaitu ke rumah adik-beradik abah ( Mama, Mummy dan Mek ) dengan menaiki kereta baru, Unser. Abah pula bakal menyusul kemudian dengan kereta barunya, Harrier.
Memang la kan..bila kita tukar plan, semuanya berterabur. Daripada 3 buah rumah yang boleh singgah, alih-alih rumah Mama je yang ada orang..ermm..memang tak berbaloi rasanya..So, singgah je la kat rumah Mama. Mummy katanya ke kubur dan Mek pula ke rumah mertuanya..Memang dah itu nature etiap kali raya..rasanya nature itu tak perlu diubah..
Tapi betul la kan..setiap perkara yang berlaku, setiap perkara ang kita tengok buruk pada mulanya..pengakhirannya amat manis sekali..kenapa saya katakan begitu??
Tengok ek..
1.   Kami sempat beraya ke rumah jiran yang tak pernah kami pergi sebelum ni. Bukan je jiran malah kawan-kawan yang lain juga. Kiranya ini satu permulaan yang agak baik untuk sesuatu hubungan.
2.   Tahun ni ada lagi gambar raya ramai-ramai..Cuma kali ni yang takdenya hanyalah pakteh yang tak balik raya..InsyaALLAH ada kesempatan nanti berjayalah kami berkumpul kesemuanya..
3.   DAN yang paling buat saya gembira adalah saya dapat berjumpa kembali dengan sahabat-sahabat Maahadian saya dan juga sahabat lama saya masa sekolah rendah dulu. Memang itulah yang amat menggembirakan hati saya..
 Kenangan bersama ketika lepas SPM..


 Setelah hampir  6 tahun...
Gambar saya bersama kawan sekolah rendah tak dapat saya kongsikan memandangkan kamera ditinggalkan dirumah dan saya pula terlupa nak transfer gambar. Memang saya amat bertuah tahun ni kerana berpeluang berjumpa dengan kawan-kawan lama. InsyaALLAH kami akan adakan lagi perjumpaan selepas ini..

Seperti tahun-tahun sebelum ni, tahun ni juga open house masih lagi dapat kami buat. Tapi tahun ni agak kelam-kabut sebab pagi-pagi lagi tetamu dah datang sedangkan masa tu saya beru je tengah cuci ayam. Memang kelam-kabut sampaikan gambar pun tak sempat nak ambil..Ada lagi gambar yang masih lagi belum ada dalam simpanan saya. InsyaALLAH ada masa nanti saya update balik...



6 comments:

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

wah..kak ije ada keta bru..hehe...erm, muka kita still maintain la wpun dh 6 thun..tp bdn je x maintain..hahahaha

ezannurhafiz said...

alhamdulillah..rezeki tahun ni..dapat beli kete baru 3buah..unser, harrier n kancil yg k.ije bawak g umah kak sue..tu kete fiza..
hahaha..jolo3..badan la hok makin dipam3...

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

wah..mmg murah rzki la..dh berapa biji keta ada??huhu..mst penuh kawasan umah..

ezannurhafiz said...

3 jah...harrier- kete abah unser-kete family n kancil-kete fiza..
alhamdulillah..murah rezeki lg..tgh simpan duit lagi..nti nk bekwah plop..hehehe..

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

nak bekwoh gapo??ateh pon insyaALLAH bulan 11 ne dpt keta..hehe

ezannurhafiz said...

bekwah la gapo2 pn...majlis k.ije ko deh..hehehe..akan diumumkan kelak..harap bersabar ye...
alhamdulillah...semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki..