Monday, May 3, 2010

Corat-coret

Cuti semester dah selamat berlalu..hoho...seminggu je yang sempat aku habiskan masa kat rumah..tapi aku still sempat turunkan berat badan aku..erk.dengan erti kata lain, aku berjaya turunkan berat badan aku..hehe...lagi seminggu, seperti biasa akan diisi oleh program SUKSIS..kali ni Kursus Asas Seni Mempertahankan Diri ( SMD ) pula kat Batalion 7,PGA Bukit Galing, Kuantan..Lepas je final exam, aku ada masa beberapa hari untuk rehat n packing barang (perlu ke nak packing awal2?haha..)

Untuk release tension, aku balik rumah pakteh aku kat Padang Jawa..Rindu kat si kecik Qistina..hoho...Kebetulan plak, Pakteh aku accident..kira melawat dia sekali la..kebetulan lagi (berapa banyak kebetulan daaa..), my dear A nak bawak pergi I-City, alang2 kan...hantar je terus ke rumah Pakteh..love u lah my dear A..next time kita pergi lagi ek..hehe...






Pix sekitar I-City...


Si kecik ni bila dapat barang kat tangan dia, camtu la jdnya..
OK..setelah beberapa hari bersenang-lenang kat rumah my pakteh, aku kembali ke UIA..thanx ye my dear A sebab sudi datang ambil saya..love u lg lah..hehe...kami pergi makan then after that, my dear A hantar aku balik UIA..malam tu baru start packing barang.Nak bertolak dalam kul 11 mlm..kul8 baru aku start packing.mood untuk pergi kursus SMD ilek..

Aku cerita la serba sedikit pasal kursus SMD ni..Ianya salah satu silibus dalam SUKSIS yang wajib dihadiri oleh semua anggota SUKSIS. Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dari PULAPOL KL. Kami panggil dia sensei.Banyak la yang diajar kepada kami seperti cara2 mengelak apabila diserang, cara menangkap, cara2 memeriksa n banyak lagi la..Memang berguna la setiap apa yang diajar oleh sensei. Selama 5 hari bertapa di PGA Bukit Galing, akhirnya kami pulang semula ke UIA..Hoho..Tak sabar nak balik..Sekian cerita pasal SMD.








bergambar kenang-kenangan dengan sensei din (kiri) n sensei nizam (kanan).
Dah settle pasal SMD..Ni cerita aku menjadi kurus plak..Haha..Aku sampai je rumah, abah aku dah paksa aku minum teh hijau ni n chitosan. Teh hijau untuk lembutkan najis seterusnya untuk mencuci usus dan Chitosan untuk hancurkan lemak tak tepu.Hoho..3hari berturut-turut aku minum teh hijau.Memang aku kurus.Tiap2 pagi mesti buang. Chitosan pula, sampai sekarang aku makan.

 

Alhamdulillah berat badan aku dari 64kg dah pun turun 55kg balik..lega kejap.huhu.. Sekian sahaja cerita kedai kopi aku ni..

Friday, April 30, 2010

Menjawab tag Cik Effy

Ho laa...1st time aku kena tag..ok la..untuk tidak menghampakan cik effy, ezan jawab ek..

 
1. Apa yg anda buat klu anda tahu member tikam belakang anda?
Sabar dulu..bersemuka dengannya..tanya dia kenapa dia buat camni..if boleh settle cara baik, settle cara baik..kalau tak..ermm..tak tahu la nak cakap..but, as a result, memang takkan kawan dah la ngan dia pastu...

 
2. 6 org dihati anda??
  1. my parents ( ma n abah ) mmg tak dapat dipertikaikan lagi..
  2. my siblings (mimi, fiza n shahmi) walaupun kadang2 menyakitkan hati..
  3. my best friends ( hazimah, farhah, kak wa n all maahadian group)
  4. my dear ehem..ehem...namanya terpaksa dirahsiakan..
  5. kawan2 saya la...cam awak cik effy..saya sayang awak jgk taw...
  6. novel2 saya..mesti kena masukkan jugak..hehe...
3. Anda rasa anda COMEL?
ni nak gelak ni...saya comel ke???..awak rasa??? saya tak tahu la saya ni comel ke tak..huhu...terpulang kepada anda ye..

 
4. Single or taken?
taken???hoho...saya masih lagi kepunyaan ma n abah saya..belum diambil lagi..wahaha..

 
5. Blog yg anda suka?
semua blog kawan2 yang best2...sebab ni suke pg jalan2 kat blog orang..ade cite best je saya layan...

 
6. Adakah bilik anda kemas setiap ari?
hoho...takla kemas sangat kot..kena tanya my roommate la..

 
7. Lagu terakhir yg anda dgar?
Cari Jodoh - Wali Band..kat cafe masa makan malam tadi..

 
8. Last text mesej?
shhhhh...rahsia..

 
9. Last fon call?
my sis mimi..

 
10. Hari terakhir anda menangis?
pagi semalam..nightmare!!!!

 
11. List 5 warna kegemaran?
  1. purple
  2. pink
  3. putih
  4. black
  5. krim
12. Org terakhir anda ber YM?
tak ingat la..dah lama tak YM..

 
13. Game yg anda paling suka?
haha...of course la Cafeworld kat FB tu...

 
14. Adakah anda peminat MCR?
ape tu???

 
15. Apa perasaan anda bila jawab TAG ni?
happy..tak sangka ada jugak nak tag saya...haha..

 
16. Anda rasa TAG ni best?
not bad..tapi cam cakap cik effy, lagi best tag pasal novel ke ape ke...

17. Ok TAG lagi 10 org?
Alamak!!! saya cube ye...
  1. Aleya Aneesa
  2. Bikash Nur Idris.
  3. Mimie Afinie
  4. Puteri Kebayan.
  5. Mardhiah
yang lain saya serahkan kepada sape2 yang rajin nak jawab tag k... 

Hantu????

Mula-mula, aku nak tanya, siapa yang pernah tengok hantu?? Kiranya n3 aku kali ni berkisar pasal ‘benda’ ni la lebih kurangnya..Sebab pe tau??? sebab….Malam tadi aku berpeluang sekali lagi melihat abah aku dan kawan dia ber ‘perang’ dengan ‘benda’ tu..sungguh aku pening..memang susah akal sedar aku nak terima dan percaya. Tapi bila ianya terjadi di depan mata aku, aku harus akur dan aku nak share benda ni ngan kawan2 sekalian.


Korang pun mesti pernah la dengar kan pasal kena buatan orang ni? Kira betul la tu ‘benda’ ni wujud..Cuma, bagaimana rupa dan caranya tak dapat la aku pastikan. Sambung balik cite abah aku dan kawan dia ni..Bila aku dengar dan amati ‘perbualan’ tersebut, aku dapat buat kesimpulan, memang ada kes2 ( kena buatan orang) begini.Dan aku kenal sangat2 sape punya angkara. Semoga ALLAh buka pintu hatinya untuk bertaubat.


Menurut pemahaman aku, ‘benda’ ni sebenarnya warisan pusaka nenek moyang dia yang diturunkan kepada arwah maknya dan sebelum mak dia meninggal, anak dia ni ‘terima’ warisan itu..OK..berbalik pula pasal hantu tadi..’benda’ yang aku cakap tu ialah HANTU RAYA (HR)..itu abah aku yang cakap la..Macam2 la ‘benda’ mintak..kononnya nak suruh abah aku bela dia..kirim salam awal2 la..Macam2 dimintanya..pulut kuning la, ayam percik la..telur lagi 7biji..erm…tapi memang sah tak dilayan la..


Ramai jugak kan antara kita ni suka pergi jumpa bomoh..Tak salah pun sebenarya..kita ikhtiar kan..Yang salahnya adalah method yang bomoh tu gunakan..Ada bomoh yang gunakan ayat2 suci Al-Quran untuk sembuhkan pesakit..Tak kurang juga yang guna jampi serapah yang kita tak faham. Yang tu la yang salahnya..lagi satu, ada bomoh yang suka kenakan pengeras kan..selalunya duit la..ada je guna benda lain sebagai pengeras..cam benang, pisang dan macam2 lagi la..yang tu kalau boleh, elakkan la..dah terpesong dah tu..


Bercerita pasal hantu plak, banyak sangat la hantu yang dimomokkan kepada kita sekarang ni kan??Hantu raya, Pontianak, toyol n macam2 lagi la..macammana rupa hantu ek..ramai yang kata hantu ni hodoh..ye la tu kot..ada tak hantu cantik???ADA!!! kenapa aku cakap ada? Korang fikir sendiri ek..aku just bagi guideline..


Abah aku pernah bagitahu aku, hantu ni memang wujud sebab dia adalah makhluk ciptaan ALLAH jugak..aku tak mau la buka hikayat hantu kat cni..hehe..Macammana rupa hantu?? OK..hantu ni sebenarnya mengikut imaginasi korang la..betul tak??apa plak tak betulnya…betul la…tak caya?? Meh!! Aku terangkan lagi..


Kalau korang pergi satu tempat yang ‘keras’, apa yang ada dalam otak korang???tempat ni berhantu la…dah tu, jula la fikir yang bukan2..memang la korang tak sedar korang terfikirkan benda tu..sebab akal separa sedar korang yang fikir pasal ‘benda’ tu dan kemudiannya diterjemahkan oleh akal sedar korang..that’s why….setiap orang, bila jumpa hantu, cakap rupa camni..orang lain pulak, cakap camni..berbeza bukan??? Tu la tandanya hantu ni wujud mengikut imaginasi korang…Setuju tak???


Aku cuma berkongsi pengalaman aku ngan kawan2 sekalian..kiranya kawan2 sekalian ada pengalaman pasal hantu ni, boleh la dikongsikan ye….

Sunday, April 18, 2010

KLIBF 2010

KLIBF @ PBAKL 2010 antara momen yang aku akan kenang sampai bila2..Kenapa??

  • Aku dapat jumpa most of my fav novelist..Aleya Aneesa, Bikash Nur Idris, Mimie Afinie, Anis Ayuni dan lain2 lagi yang tak tersebut..Memang best sangat walaupun sebentar cuma masa bersama mereka.
  • Aku shopping tahap tak ingat. Dah sampai UIA baru realize duit tinggal just rm5..nak nangis pun ada..huhu..
  • Aku pergi dengan kawan satu kepala dengan aku jugak.(thanx ya ecah..memang best sesangat la aritu.)
Ada jugak la part yang sedih..Aku tak berkesempatan untuk jumpa Ramlee Awang Mursyid dan Nia Azalea. Kak Nia aku tahu belum pulang ke Tanah Melayu lagi..Dr.Afza, tahun depan kita jumpa ek..hehehe...

Tahun ni aku 'cuma' berkesempatan untuk beli 7buah novel (6 buah aku punya n 1 lagi kawan kirim). Seebenarnya aku nyaris membatalkan plan ni sebab kawan baik aku tak ikut dan aku segan ngan ecah.hehe..terkantoi sudah..TAPI...unexpected la..ecah memang gilanye sporting..bun pn sama n tak lupa jugak buat ema..

Yang paling aku terharu bila masa aku jumpa kak Bib n kak Mie.kakak berdua ni recognise aku!!waaa..gembiranya hati hanya Tuhan yang tahu..Buat kakak berdua, ezan amat menghargai kalian...Bila aku jumpa novelists ni semua, rasa cam dah kenal lama..padahal tak pernah jumpa, cuma berbalas comment kat Facebook je la..Tapi tu la kan...persahabatan yang terjalin bukanlah mengharapkan pertemuan yang grand ataupn terancang..

Tahun depan, aku mengharapkan dapat jumpa lagi kakak2 novelist dan juga my new friend such as effy..ezan nak sangat kenal effy tau..nanti kita jumpa tau...

Aku ada satu angan2 di mana aku nak kumpulkan novelist dan jugak peminat novel di satu tempat..kat Taman Tasik Perdana ke..kat mana2 je la..janji boleh kenal rapat n sambil tu merapatkan lagi ukhuwwah antara kita..InsyaALLAH..satu harii nanti..angan2 ku ini akan menjadi realiti..

Antara pic2 yang sempat di"snap"..

wif kak Aleya Aneesa..
(p/s:kak..kasut kite sama la..hehe...)

::aku::kak aleya::ecah::

wif Anis Ayuni

aku n kak Bib a.k.a Bikash Nur Idris

wif Nazurah Aishah

aku n Kak Mimie Afinie

wif Hanni Ramsul

Tak lupa jugak aku sempat bergambar dengan 2 orang personaliti tv..



Kesimpulannya..aku tersangat la gembira...
Novel2 yang sempat aku beli...

Thursday, April 8, 2010

Majlis Hari Lahir Abah..


Bubur nasi a.k.a Nasi Air, menu yang special bagi family aku.


kek buah yang ditempah khas.

Abah with adik sepupu, Mat yang berkongsi tarikh lahir yang sama.










Hadiah dan ciuman buat abah tersayang.

Aku dan adik aku aku, mimi..


Adik-beradik abah yang begitu sporting..( dari kanan, Mama, Mummy, Cik Ngah, Mek, Cik Yah n my abah )



Boleh dikatakan majlis hari jadi yang aku ranacangkan bersama adik aku buat abah...80% berjaya. Warna merah dan hitam adalah tema yang aku pilih kali ni..Entahla..aku pun tak faham kenapa aku jadi suka sangat kombinasi warna merah dan hitam ni..Nak bertema2 plak..Whatever...

Hari Lahir abah..
Sebenarnya aku dah hilang mood nak buat surprise birthday party ni..Sebabnye...
  1. Ma aku tak menyokong sangat..Susah sangat nak suruh dia uruskan sesuatu..Banyak sangat alasannya..Tapi akhirnya aku dapat selesaikan..
  2. Adik aku, Shahmi membocorkan rahsia pasal majlis dan hadiah yang kami beli tu kat abah aku. Memang aku angin gila la masa tu...
Bila aku fikirkan balik, takkan sebab tu aku nak batalkan majlis tu kot..So, aku buat planning baru iaitu semua orang tak dibenarkan wish birthday abah sampai la ke detik party tu..Semua dah sepakat..Semua buat bodoh n tak tahu je...

OK..continue...
Pagi2 lagi, ma n my sis mimi ke pasar beli barang2 untuk masak..n aku?? till lagi bermalas-malasan kat rumah..haha..tak de maknanya nak bermalas-malasan..elok je aku sudah kemas bilik, my ma n mimi dah pun balik.Aku pula yang ikut pergi beli barang2 yang lain lagi. Memang sibuk sangat..

Bila dah sudah masak, kemas rumah dan sebagainya, barulah aku dapat mandi dan bersiap. Kali pertama dalam hidup aku, aku pergi Tesco dengan tak mandinya..memang tak terurus langsung..Paksu sampai waktu tengahari sebab dia kerja awal..Lepas dia balik, dapat la kami rehat sekejap..Sampaila dalam pukul 3.45 petang, makcik(mek) datang..Pastu Cik Chik pula menyusul.

Dah lepas Asar, seorang demi seorang makcik aku datang..Mama, Mummy, Cik Ngah dan Cik Yah sampai..Masa tu, hampir luluh air mata aku bila tengok semua makcik aku pakai pakaian tema yang aku sebutkan. Masa tu la abah dah mula2 tahu yang kami semua nak raikan dia. Tapi....dia masih belum puas hati sebab tak ada kek..

Jeng..jeng..jeng...mana ya letaknya kek tu??
Habis diselongkarnya peti ais tapi tak jumpa juga keknya..
Sebenarnya kek tu adik aku sorok dalm bilik kami. Bila semua orang dah datang, kami mulakan dengan menyanyikan lagu birthday dengan Adik Mat yang bawakan kek tu sampai ke meja hidangan...

Selesai la sudah semuanya..Semakin ramai tetamu yang datang.. Memang tak putus2 sampaila ke detik aku nak balik kampus malam tu. Memang badan penat sangat sampaikan aku terpaksa ponteng kelas keesokan harinya..

Terima kasih buat
  • Yie - jadi 'driver' kami.
  • Mak2 Saudara sekalian- U all very sporting....

Friday, March 19, 2010

Oh My God!!!

Laptop aku hilang!!!!!

Waa….memang tak de arah la bila lappy aku hilang..

Jap!jap!

Baru aku ingat…

charger laptop ada, battery laptop pun ada…Cuma laptop je yang tak de..

sengal la pencuri laptop ni….

Aku terus call abah sambil nangis..

“abah, laptop saya hilang!”

“ok jap. Abah ‘tengokkan’..”

letak phone..

Tak sampai 2 minit pun…

“happy birthday to u….happy birthday to u…happy birthday to Ezan..happy birthday to u..”

Laptop depan mata…sekali ngan video clip…

Memang sengal la KORANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memang aku terkena..huhuhu..

Anyway, thanx alots to zimah,farha,armiza n syikin…








Friday, February 5, 2010

Latihan Menembak

Pengalaman yang cukup2 manis dan berharga..

 
  
 
 

Thursday, February 4, 2010

Sayang Adik

Tak dinafikan perkara yang berlaku (n3 bawah) membuatkan aku down sangat. Secara kebetulan, aku YM dengan adik aku. Aku luahkan apa yang terjadi.Then adik aku ajak aku pergi Air Terjun Templer (kalau tak salah). Memang happy sangat2..Thanx my dear sis...



















Berdiam Lebih Baik

Hampir sebulan aku tidak meng 'update' blog ni..Nak kata bz..tak la bz sangat pun..tapi entah mengapa mood untuk menulis @ menaip merudum(dum..dum..dum..) ditambah pula dengan broadband yang suka sangat2 buat hal..sabal jelah....
Banyak perkara yang berlaku sepanjang bulan Januari ni yang aku rasa banyak mencabar kesabaran aku. Tapi bagi aku, selain family aku, keikhlasan serta sokongan daripada sahabat2 yang membuatkan aku jadi lebih tabah dan berani.. Alhamdulillah sahabat2 masih lagi sudi bersamaku ( Terima Kasih Sahabat.. )
Aku mengambil peluang untuk menceritakan serba sedikit hal ini berlaku. Perkara ni sebenarnya kecik sangat je pun. Dan aku rasa berdiam diri adalah lebih baik. Bukan bermakna aku sombong. Dalam pada aku berdiam diri, aku banyak berfikir dan aku juga mengaku bahawa aku juga bersalah dalam hal ni. Prinsip aku mudah. Bila orang tak nak bercakap dengan aku, aku diam je. Bukan aku tak nak bercakap atau tegur tapi bila aku tegur dia, dia buat tak layan je n siap buat muka lagi. Itu dia tak perasan. So, aku taknak rumitkan kepala otak aku fikir.. better aku diamkan aje..Tapi tak aku sangka ada hamba Allah ni tak puas hati.
Pada satu malam, dia datang ke bilik aku untuk bersemuka denganku. Kebetulan masa tu, aku telah tidur. Badan terlampau letih. Tapi aku bangun jugak. Dan dia memulakan sesi 'terjah'an soalannya kepadaku. O.K. Since dia dah tanya elok2, aku pun jawab elok jgk.. Tetapi sampai satu ketika dia tak puas hati..Dia kata, "Ko tak bleh buat macam tu (sebab prinsip aku tu)..Ko kena ubah perangai ko." O.K..aku terima..Then, teruskan lagi sesi luahan perasaan..Katanya aku buat muka. dia tak suka. O.K..aku terima walaupun ayatnya agak melampau ( "Boleh tak ko jangan buat muka cam tu sebelum aku lempang muka ko?") Aku agak tersentap..tapi aku sabarkan hati...
Bila dia tanya aku soalan " agak2 ko, selepas ni kita akan jadi close seperti sebelum ni atau semakin jauh?" Aku mengambil masa untuk menjawab soalan ini. dan jawapan aku adalah.."macam biasa..Not too close n not too far.." memang itu yang paling jujur bagi aku. Dia tak boleh terima.Aku tak tahu apa yang ada dalam hati dia.
Selepas asakan dan terjahan dari roommate aku yang lain, lantas dia bangun lalu keluar bilik. Sempat la dia tampar pintu bilik kami. Dia tak boleh accept apa yang diluahkan oleh kami. Dan....We don't get any solution..So, what's the point???
Aku ceritakan kat sini bukanlah untuk memburukkan lagi keadaan TETAPI untuk memberi penjelasan dari pihak aku pula kerana aku tidak diadili sewajarnya..Dan bagi aku, hal ini hanya melibatkan aku dan dia. Aku rasa orang lain tak perlu masuk campur kalau setakat nak mengeruhkan lagi keadaan.Aku minta maaf jika ada pihak yang tersinggung atau tergores hati..Wassalam...

p/s: buat si dia..aku minta maaf di atas kesalahan yang aku buat..

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 2010

2009 telah pun selamat melabuhkan tirainya..2010 pula menyusul tiba. Seperti lazimnya, soalan yang meniti di bibir adalah ‘apa azam tahun baru ni?’ Bagi aku pula, azam setiap tahun generally aku nak perbaiki setiap kesilapan yang telah aku buat sepanjang tahun 2009 samada sengaja atau tak. Bagi aku kesedaran yang amat penting . Tanpa kesedaran dan keinsafan, segala perubahan yang kita inginkan takkan tercapai.
Azam aku seterusnya adalah untuk siapkan jugak manuskrip novel pertama aku. Aku ingin mencuba sesuatu yang baru ini. Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH...

Azam tambahan aku pada tahun ini adalah untuk lebih pentingkan diri sendiri. Mesti semua orang akan pelik kenapa itu menjadi satu azam. Selama ini, kita disogok supaya jangan pentingkan diri sendiri. Mungkin sesetengah perkara kita diharuskan untuk tidak mementingkan diri sendiri. Tapi kebanyakannya adalah pentingkan diri sendiri. Sampai bila aku harus bergantung kepada orang lain untuk aku berjaya dalam erti kata lain, untuk aku teruskan kehidupan aku ini.

Sehingga hari ini, aku amat bersyukur dikurniakan keluarga dan sahabat yang amat memahami aku dan sentiasa berada di sisi aku ketika aku sendirian. Tapi, sampai bila aku harus bergantung kepada mereka??Aku juga ingin buktikan kepada mereka bahawa aku bukanlah insan yang lemah, yang hanya tahu bergantung kepada mereka.





Apapun, SELAMAT TAHUN BARU 2010 buat semua sahabat dan pengunjung blog aku yang tak seberapa ini..

Thursday, December 31, 2009

Utuhnya Tali Persahabatan


Sewaktu zaman kanak-kanak, apa yang ada di fikiran hanyalah keseronokan. Bermain bersama kawan-kawan tak kira masa. Lompat getah, pondok-pondok dan segala bagai permainan yang kami main bersama. Norul,Cik Nor, Mimi(adik aku) dan Ah Yin. Kadang kala kakak angkatku, Kak Aswim turut bersama bila masa dia free.
Masih terngiang di telinga aku Mummy Ah Yin memanggil dia supaya pulang ke rumahnya yang cuma di belakang rumah arwah datukku. Mummy Ah Yin waktu tu memang garang dan Ah Yin pula sangat nakal tak seperti kakak sepupunya Ah Yan. Ah Yan pula cuma akan keluar rumah bila dia sudah habis belajar.  Sebab tu kami tak berapa rapat.
Setelah nenek mereka meninggal dunia, mereka semua berpindah. Ah Yan dan keluarganya berpindah ke Jalan Bayam, masih lagi dalam daerah Kota Bharu manakala Ah Yin dan keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur. Tinggallah aku, Mimi, Cik Nor dan Norul yang masih lagi setia berkawan dan bermain bersama-sama sampailah satu ketika Norul sekeluarga berpindah. Tinggallah keluarga aku dan Cik Nor.  Kami bermain dan belajar bersama sehingga usia dan jadual menjarakkan kami sehinggalah sekarang ini. Kami makin tak rapat Cuma bertegur- sapa bila berselisih di tepi jalan. Masing-masing mempunyai hidup masing-masing. Aku dan Mimi melanjutkan pelajaran manakala Cik Nor sekarang telahpun berkahwin dan mempunyai seorang hero. Norul pula, meskipun jauh, kami tetap berhubung. Sms yang dihantar dan Friendster mengeratkan kami.
Salah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan adalah ketika bulan puasa. Seperti biasa, Norul dan Cik Nor akan ke rumah datukku terlebih dahulu untuk mengajak aku dan Mimi. Dengan memakai telekung, mereka berjalan melalui jalan tar (belum ada lampu jalan masa tu) sambil bersembang pasal cerita hantu yang agak famous masa tu. Kebetulan masa tu ada seorang pakcik tua menunggang basikal bertentangan jalan dengan mereka. Timbul niat di hati mereka untuk mengusik pakcik tua itu dan Norul menggunakan kepakaran mengilai dan meniru gaya pelakon dalam cerita hantu tu. Dan pakcik tu terkejut beruk lantas melompat turun dari basikalnya dan lari masuk ke kawasan perumahan. Terbahak-bahak  mereka ketawa sampailah ke rumah datukku dan dicerikan pula kejadian tadi kepada aku dan Mimi. Kami gelak sampai tak boleh nak berterawih.
Hari Raya Aidiladha yang lepas menemukan kami semua. Cerita hantu ini diulang lagi. Lagi sekali kami terbahak-bahak ketawa. Nyatalah berjauhan bukanlah satu titik noktah untuk kami memutuskan tali persahabatan kami yang begitu utuh ini.

aku & Ah Yin




mimi, aku,ah yin & shahmi(penyibuk)



mimi, cik nor, aku & ah yin



aku, norul & mimi




Friday, December 25, 2009

Tahniah

Semalam sedang aku melayan Facebook kat GPCL, aku dapat 1sms dari sesorang bertanyakan khabar aku. Setelah aku membalas keadaanku seadanya, aku memberanikan diri tanya keputusan PMRnya. Alhamdulillah, dia dapat 7A 1B.

Tahniah Mastura.

Biarpun tak dapat straight A, namun bersyukurlah. Itu tetap 1 kejayaan. Cuba lagi untuk SPM dan peperiksaan yang lain. Doa akak sentiasa mengiringimu, dik. Semoga kejayaanmu ini memjadi inspirasi buat adik-adikmu dan insan sekelilingmu.


Tuesday, December 22, 2009

Takziah

Salam takziah buat sahabat baikku dan keluarganya di atas pemergian adiknya..
Maafkan aku sahabat kerana tak dapat hadir pada hari tersebut..Harapnya kau mengerti keadaanku di sini. Al-Fatihah buat arwah Ilman..Semoga rohnya bersama para muslimin..aminn..