Seorang lagi sahabat yang paling rapat dengan aku selain Hazimah. Dia juga ku kenal semasa belajar di Matrikulasi UIAM..Sama jurusan dan kelas yang kebetulannya sama ketika akhir semester. Bermula dari situ, kami bertambah akrab sehinggalah menjejakkan kaki ke sini ( UIAM Gombak ), kami bertiga sebilik.
Ramai orang berkata bahawa kalau bertiga, takkan jadi baik dan salah seorangnya akan memendam perasaan. Bagi aku pula, semua itu pernah berlaku dan terpulang kepada diri sendiri bagaimana mana mahu menghadapinya. Sebagai contoh, kalau aku ada terasa hati dengan Hazimah, aku akan beritahu dia dan dia akan cuba menjadi orang tengah dan begitulah sebaliknya.
Bagi aku, memadailah kami bertiga. Aku tak perlu menambah sahabat yang lain lagi ( kawan2 lain jangan terasa hati k). Bukan bermakna aku tak mahu berkawan dengan yang lain tapi bagi aku, kawan2 yang lain akan ada batasan dalam persahabatan. Pengalaman aku mengajar aku supaya berhati2 dengan orang lain. Aku pernah cuba untuk menjadi baik dengan orang lain dan memang akrab,Namun, tetap tak sama dengan mereka berdua ni.
Sekarang, kami dijumpakan kembali untuk menjadi teman sebilik. Kami pernah berpisah kerana aku dan Hazimah minta untuk tukar hostel termasuklah dia tapi ada masalah teknikal, terpaksa kami berpisah. Tak bererti bila kami berpisah bilik, persahabatan ini terputus. Kami masih lagi dapat makan sama2.
Kalau Hazimah sama jurusan dan major dengan aku, dia pula berbeza. masih jurusan yang sama tetapi berlainan majoring. Dia ambil Manufacturing. Persahabatan ini lebih akrab apabila kami sama2 mengangotai Kor Sukarelawan PDRM (SUKSIS ). Setiap kali turun padang, kami akan pergi sama2. Dan ini mengeratkan lagi ukhuwwah kami.
Sekarang ni, dia sedang praktikal di salah sebuah syarikat di Shah Alam dan menetap di sana. Sungguh kami rasa ralat dengan ketiadaannya. Namun, aku cukup berterima kasih padanya kerana sudi meluangkan masa datang ke sini pada hari minggu untuk bersama kami. Perpisahan sementara ni mengajar kami erti rindu.Terima kasih sahabatku.
Inilah sahabatku....
FARHAH BT ABAS
Buatmu sahabat...
Biarkan kerinduan dihujani memori
Mengimbau kenangan indah
Yang menyentuh emosi
Masih segar diingatan
Hadirmu membawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat
Kau sesungguhnya temanku
Dikala suka dan lara
Tika ku buntu
Diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa
Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhuwwah yang terjalin
Teruskan perjuangan
Hingga ke Titisan darah terakhir
Dan aku
Masih disini terus mendaki
Puncak tertinggi hidupku
Dan aku
terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali..
Aku dan Farha..