Friday, May 21, 2010

Sahabat Sejati

Kami berkenalan sewaktu sama-sama belajar di Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya ( sekarang dikenali sebagai Pusat Asasi UIAM ). Kami hanyalah kawan sekelas yang pergi dan balik kelas sama-sama, buat assignment sama-sama. Hanyalah sekadar itu. 2 tahun bersama dan mulai betul2 rapat bila kami sebilik sewaktu semester akhir di Matriks.

Melanjutkan pelajaran di UIAM Gombak ini dan sekali lagi kami ditakdirkan sebilik dan sekelas untuk beberapa subjek. Dan masa itulah kami bertambah rapat. Susah dan senang dilalui bersama. Setiap rahsia disimpan bersama.

Dulu, sebelum menjejakkan kaki ke universiti, aku pernah suarakan kerisauan untuk mendapat kawan seperti sahabat2 Maahadku ( Ateh, ain, zack, munirah n sue). Bagaimana nanti aku akan teruskan pengajianku tanpa sahabat2 ku ini. Namun, hadirnya dia seorang bagaikan pengganti bagi sahabat2ku ini. Dalam dirinya terpahat sifat2 yang ada dalam sahabat2 ku..

Dia begitu sabar melayan kerenahku yang kadang2 begitu menyakitkan hati.  Dan pada luarannya, aku seorang yang kasar dan dia memang terserlahlah ke'lemah-lembut'annya. Namun, tanpa siapa yang sedar, sebenarnya dia adalah seorang yang 'keras' dan aku pula 'lembut'. Orang2 sekeliling selalu melabelkan kami kembar seolah2 dimana ada aku, pastinya ada dia dan begitulah sebaliknya. 

Aku harapkan persahabatan ini akan terus kekal abadi selamanya. Biarpun badai melanda, kita tetap bersama.



Alhamdulillah..
Bersamamu sahabat aku rasakan hidupku bertambah sempurna.
Kehadiranmu tak akan pernah sama hadirnya seorang kekasih.
Tempatmu teristimewa di sudut hati ini..
Terima kasih sahabat..


 Inilah sahabatku...HAZIMAH BT IBRAHIM..
(snap waktu presentation)


kau bagaikan tebing
seringkali dipukul badai
ku rela menjadi aur
kita saling memerlukan
susah senang kita hadapi
demi cita dan perjuangan
rintangan yang menghalang kita
tempuh dengan kesabaran
mari kita bersatu
kukuhkan persahabatan
untuk masa hadapan
yang lebih bercahaya
kita insan biasa
penuh dengan kekurangan
teguran dan peringatan
mengukuhkan persahabatan
rahmat dan kasih sayang
ALLAH Yang Maha Esa
kejayaan itulah yang diharapkan
Meredhai kejayan




2 comments:

CikCah Kebayan said...

alosss
koya la zimah pah ni...
ado special post lg..
wat la utk ex-rumatesss plak~

ezannurhafiz said...

hahaha..nanti2 la k..mesti ado la..jgm rusim..